My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Tuesday, June 28, 2011

Hari Sibuk

as salam...hehehe nama je entry hari sibuk...tapi leh update blog yer....semalam su cuti sebab mak pegi tabung haji kuala lumpur sebab nak buat rayuan mengenai menunaikan ibadat haji pada tahun ini...hhhhmmm mak pegi ngan abah ditemani anak2 lelakinya...semoga rayuan itu dipermudahkan oleh ALLAH swt...

mcm biasa kalo su ada kt umah...si hero adam tuh melekat je kt su...sana sini nak dengan su...nk berdukung je...sudahnya satu kerja pon su x dpt buat...dpt sidai kain masa adam tido jerk....huuhuhu adam adam adam...sib baik mak su dah siapkan lauk tuk makan tengahari...kalau tidak haru jer nanti aiman dan angah balik sekolah nak makan...su cume masak nasi sahaja...terima kasih mak...macam tahu2 jer peel adam tuh...

ohh yer...dari pagi tadi asik sibuk kemaskan meja yang dah macam apa nih...bersepah rasanya...ekekeke su dah biasa meja kemas...jadi bile tengok banyak dokumen atas meja...mula lah pening...alhamdulillah...semuanya selesai..

Friday, June 24, 2011

Bizz Kecilan

As salam...sejak angah promot lolichocs kat sekolah...alhamdulillah sambutan amatlah memberangsangkan...huhuhu asik repeat order je...ampun dan maaf yer cikgu...angah mengikut sikapku yang suke bizz...apa saja yang boleh dijual...dia akan jual...heheheeh dan dapatlah jugak dia duit poket...

arini agak selesa kat opis setelah 2 hari berturut mengangkut barang-2 pra sekolah...namun malam tadi angin satu badan menyerangku dan x lepas plak tuh..anak2 daraku jadi tukang urut tidak rasmi...terasa kasih dan sayangnya meresap ke hati...semoga anak-2 ku menjadi anak2 yang solehah...amin..

Thursday, June 23, 2011

Selamat Hari Lahir - ADAM


as salam kesibukan melanda di opis menyebabkn su terlupa nak masukkan entry ulangtahun pertama my hero ADAM...huhuhu dah setahun dia...sekejap jer kan...mcm rasa baru bersalin jerk...ekekekekek...setahun ADAM...masih mencuba untuk berjalan2 tapi jatuh...harap2 dapat jalan cepat2 yer nak...senang kerja ibu..oh yer...su tidak sempat untuk menyambut ulangtahun kelahiran ADAM..pada tarikh 22/6, namun su akan menyambutnya pada 2@3hb Julai sempena kenduri aqiqah...harap semuanya berjalan lancar...

* mode : tgh penat gaban dok perangkut barang2 pra sekolah...

Wednesday, June 22, 2011

Khazanah Lama 12 tahun Lepas...





hehheeh gempak punye entry...nak citer sikit, malam tadi aiman dok main mainan dia la...sekali tuh terkeluar la semua khazanah anak dara su yang su dok simpan 12 tahun lepas...dedulu su mmg addict dengan barangan mcdonald dan kfc...sanggup beratur dan beli sekali 2 set untuk dua anak dara su...mereka main dengan penuh kesopanan sehingga kini masih elok permainannya............laluuuuuuuu keluarlah aiman dan lalu mengeksperimenkan permainan kakaknye lalu lagi hancur leburrrrr....huhuhu oh aimannnnn...tahukah kamu bahawasanya kakak2 kamu telah menjaganya dengan begitu rapi...12 tahun yg lalu...ini saja koleksi yang dapat su simpankan untuk jadi sweet memories...untuk 12 tahun akan datang...hahahhah

Tuesday, June 21, 2011

Rakan Fertigasi



hehheheh orang dah ke depan, su masih di sini...heheheh dok sibuk update blog jerk rupanya ramai dah usahawan fertigasi ada facebook....ekekekek arini tugas x rasmi su...p add kengkawan fertigasi kat facebook...bukan apa, cume untuk menambah ilmu dibidang agro pulak....

Bila dikenang-2...difikir-2...su nih buat semua kerja dalam satu masa...bizz online, baking, usahawan tani dan paling best kerja-2 surirumah yang memang tak tinggal hari2...alhamdulillah berkat kerjasama bersama suami dan anak2, semua kerja su dimudahkan...terima kasih...su @ ibu sayang kamuuuu...

Monday, June 20, 2011

Awak Suka Saya Tak???

abang sayang su lagi x?????....heheheh itulah ungkapan yg sering su tujukan pada suami 5-6 tahun awal perkahwinan kami...masih mentah, masih dahagakan ucapan-2 romantis gitu walhal tahu suami su bukan seorang yang romantis apatah lagi puitis....saja je nk dengar ungkapan dalam keadaan terdesak gitu...bolehhhhh.....hahahahaha..

membaca ASST membuatkan su melayang-layang...membuatkan su menjadi intan, setiap detik dan waktu seolah su adalah intan, su adalah teman intan dan su adalah sebahagian dari diri intan...pelikk...tapi itulah hakikat penangan novelog kak melur jelita...setiap detik dan waktu su menunggu part seterusnya...macam angau, langau yang sentiasa mencari dan menunggu episod seterusnya...hahahahaah nasib baik suami su x tahu yang su sekarang addict ASST...asalnya su memang pembaca novel...kat umah tuh melambak novel karya sharifah abu saleem...ekekekek su nih dah ada anak 4 tau...tapi tengok anak2 xder pon yang ikut jejak su membaca novel @ majalah informasi...hhmmm agaknya masih awal untuk anak2 su faham erti novel...ohh yer, novel2 kt umah tuh su simpan khas untuk anak-2 su bile dah remaja nanti...ada juga novel Dr. Tuah pakar motivasi....

Friday, June 17, 2011

Lemau......

hheheheh lama dah x gune perkataan lemau...waktu tghari gini mmg gitu la...ngantuk ada...malas ada...rasa nak golek 2 jer kat umah tuh...tp dalam masa yg sama kepala otak ligat tengah fikir pasal rancangan nk buat kenduri minggu hadapan...hehheeh tuh yg agak mencabar pemikiran sikit, sebab su jenis suke siapkn kerja-2 penting awal...siap buat list bagai, walhal cume kenduri aqiqah @ kenduri sambut ramadhan...

ermm list tetamu + lauk katering sume dah siap, tinggal discussion jer la ngan org katering...harap2 dpt bujet su tuh...

malasnnnnnnnnnnnnnnnnye nak taip lagik...mata dah kuyu tol...mlm nih nk siapkan tempahan kek pisang, mak usu ku nak...katanya suaminye nak makan...heheheheh

Thursday, June 16, 2011

Bulan Rejab

Sekejap jer bulan rejab dah masuk pertengahan...slps ini syaaban dan selepas itu ramadhan dan syawal...huuhuh begitu pantas masa berlalu..beransur juga usia kita...dimanakah kita setakat ini...ahhh takut sue nak membayangkan...berharap dan berdoa semoga apa jua amalan su akan diterima olehNya...satu artikel lagi sue ambil di sini

Moga dapat memberi manfaat juga kepada kita semua...tq to empuya artikel...

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

• Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

• Berpuasa pada 27 Rejab bersamaan hari Isnin 21hb Aug 2006 (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

• Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

• Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

• Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:

1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

3. Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

7. Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun

2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)

2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)

3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui – Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

DOA BULAN REJAB:

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.

Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.

Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:

Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Aqiqah

as salam...sue copy & paste artikel berkenaan hukum aqiqah nih di http://www.mybengkung.com/aqiqah.html untuk rujukan semua...terima kasih pd empunya artikel tersebut...

AQIQAH UNTUK ANAK

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Hukum Aqiqah

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu
Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa
Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Daging Aqiqah

Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.

Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.


Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah
Radhiallahu ‘anha katanya:


Maksudnya:
"Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya."
(Hadis riwayat al-Hakim)

Ini bertujuan untuk ber
tafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.

Waktu Aqiqah

Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.

Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)."

(Hadis riwayat al-Hakim)

Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari.

Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran


Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja.


Syarat Sah Aqiqah


Syarat sah aqiqah ialah:

  • Berniat aqiqah ketika menyembelih.
  • Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
  • Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
  • Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
  • Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
  • Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:

Binatang

Umur

Biri-biri/

1 tahun atau lebih

Kambing

2 tahun atau lebih

Lembu/kenbau

2 tahun atau lebih

Unta

5 tahun atau lebih


Sunat-sunat Aqiqah ialah:

  • Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran
  • Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
  • Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
  • Memberi nama yang baik kepada bayi
  • Berdoa ketika hendak menyembelih
  • Daging dimasak manis.
  • Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
  • Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri

Hikmah Aqiqah

  • Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
  • Menggalakkan amalan sedekah.
  • melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
  • Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
  • Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
  • Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
  • Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
  • membiasakan berkorban bagi orang tua

Hari Menukar @ Edit Blog

heheheeh sekian lama menyepikan diri, arini angin tsunami tahap gaban datang untuk mengubah suai umah sue nih...godek2 akhirnya inilah rupa yang terbaru rumah sue...bukan senang nk dapat angin sebegini, mungkin setengah tahun sekali hahahaah...

Ermm pagi tadi kol adikku intan..satu-2nya adik pompuan den nih...tanya pendapat camner, sue ingt nk buat kenduri aqiqah untuk hero adam sempena genap setahun kelahirannya...tah kenapa kali nih sue terlajak sampai setahu nk buat kenduri aqiqah, selalu lps habis jer pantang, su pon terus buat kenduri...huhuhuh maafkan ibu yer adam...namun jauh disudut hati, memang nak buat sangat walaupun sunat tapi afdal buat jika berkemampuan..dan adam jugak tidak sempat buat majlis cukur rambut...huhhuh tiada kenangan untuk adam lagi....lalu sue nekad sempena bulan rejab lagi mulia ini, sue nak buat kenduri kesyukuran @ aqiqah untuk adam...insyaallah..

My Little Adam...





nak cerita pasal adam lagik...my hero dah mula lasak...huhuhuhu mmg lain dari anak yang lain...sebab???? matanya agak bulat berbanding adik beradik lain yang sepet mengikut aku...hehehe 22hb Jun ini...genap Muhammad Adam 1 tahun...masih terkial-2 nak berjalan..jatuh, berdiri...nak baring mengereng la...bangun mengereng la...pendek kata ada jer kerjanya nak cube kerja baru...gigi dan tambah lagi 2 batang..buat Adam...semoga menjadi anak yang soleh yer..

Tuesday, June 14, 2011

Gara-gara ASST oleh Kak Melur Jelita..

as salam kepada semua...buat pertama kalinya su mempamerkan blog peribadi kepada tatapan umum...muahmuahmuahamuah...gara-gara penangan novelog AWAK SUKA SAYA TAK (ASST) oleh Melur Jelita...hari2 dok opis dok skodeng blog kak melur nak tgk part seterusnya...mula mengenali ASST sejak 2 bulan lalu..........jatuh hati pandang pertama....jatuh tergolek2 sehingga kini dan semakin menghampiri debaran...jadi ke tidak perkahwinan intan dan hilman...kadang-2 hati digamit sayu...penuh emosi dek perjalanan cerita, disulami dengan dakwah menjadikan jalan cerita ASST terus menggamit hati, dekat dihati, dekat dijiwa...serasa intan dan hilman adalah rakan karib sendiri...huhuhuh...tak larat nak taip panjang....masih sedih baca part 81 pagi tadi....wawawawaa..

Monday, June 13, 2011

Kemalasan Melanda




As salam............malasnye nak update diari ini................selesai sudah kenduri umah andak esah, semua kepenatan dek majlis rewang @ gotong royong tuh...ada yg demam-2 urat bagai...ekekekeek penangan kenduri kawen di kampung...

cuti sekolah........dah habis, aku masih x ke mana pon, sibuk ngan urusan kerja dan along mcm biasa urusan kelas tmbhn sempena UPSR thn nih...harap2 dia dapat keputusan yang terbaik, bukan untuk ibu tapi untuk diri sendiri tau...

adam...........hehehe makin aktif @ lasak, sume dah x larat nk layan dia...sebab dia dah mule nk berdiri dan berjalan...habis rata rumah dia jelajah. aku selalu berperang dgn dia diwaktu pagi ketika sume orang sibuk gaban dgn urusan nak ke sekolah...huhuhuuhu...tuh la budak bulattt