My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Tuesday, September 20, 2011

Alhamdulillah






Syukur alhamdulillah kerana semua projek baking ku telah selesai dan selamat sampai ke tangan customer...bermula hari jumaat 16/9 sehingga 18/9 aku berhempas pulas menyiapkan tempahan dari kak ayu, uji, nana dan juga projek mega kek kahwin 2 tingkat...terima kasih banyak buat suami dan anak-2 yang sama membantu melancarkan projek ini....menjaga adam...huhuhuh bukan senang...satu pengalaman yang amat berharga padaku....terima kasih semua........

Tuesday, September 13, 2011

UPSR & Ulangtahun Perkahwinan

As salam.......
pertama - alhamdulillah diatas usia perkahwinan kami yang menginjak 13 tahun pada hari ini....terlalu banyak ranjau dan duri kami hadapi...terlalu banyak air mata kami tumpah kerana memperjuangkan sebuah ikatan perkahwinan ini.....terlalu banyak suka dan duka sepanjang tempoh ini...Ya ALLAH aku bersyukur padaMu kerana dengan restuMu...kami kekal sehingga kini....tiada apa yang lebih menggembirakan aku selain dari ikatan rahmat ini...kebahagiaan untuk anak2...along...dah pernah merasa duka kehidupan di zaman kanak2 lagi....adat berumahtangga...ada masa tenang...ada masa gelora...namun...kasih sayang kami menguatkan segalanya....moga ikatan ini akan berakhir hingga ke akhir hayat.......

kedua - along memulakan peperiksaan UPSR hari ini dan akan berakhir pada hari khamis nanti 15-9-2011...doaku semoga along dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan tenang walaupun kesihatan along tidak mengizinkan...aku redha dengan segala keputusan nanti...

Monday, September 12, 2011

Selesai sudah Syawal

As salam...dah masuk 12 syawal...sekejap shj masa berlalu...aku baru memulakan operasi puasa 6...heheheh minggu nih juga merupakan minggu yang amat ketat dan mencabar kerana along akan menduduki peperiksaan UPSR...bermula esok selama 3 hari...doaku semoga along dapat menjawab soalan2 tersebut dengan hati yang riang dan tenang....

semalam ahad 11/9 aku mengiringi amirul ke kem PLKN...berkumpul di stadium jugra pd pukul 830 pagi....sabtu pula aku lari ke SIme Darby specialist centre kerana pak zul telah diserang serangan jantung....malam aku tido di rumah adikku intan...selesai sarapan dirumahnya aku pun berkejar balik ke banting kerana ingin turut sama menghantar amirul...sungguh padat jadual aku minggu lepas....dan alongggggggggggg akhirnya tumbang di kala peperiksaan hampir....semalam dia dah mule demam, batuk2....huhuhu risaunya hatiku...apapun aku  berdoa semoga dia cepat sembuh...