My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Wednesday, June 27, 2012

Aku Dan Dia..........

Salam...suspen je bunyi tajuk tuh kan....sebenarnya pegang-2 calculator tadi terus kira jangka hayat perkahwinan kami...alhamdulillah masuk 14 tahun, tahun ini...bersyukur masih dapat merasai susah senang bersama. Walaupun rasanya banyak yang susah, namun ketabahan, kesabaran mengatasi segalanya......

Dikurniakan 4 orang anak, 2 dara, 2 teruna membuatkn kehidupan aku lebih bermakna...tak pernah terfikir untuk mendapatkan 4 orang anak...tapi diperingkat begini....heeeheh cukup la tuh kot...itu pun dah buat kepala aku pening saban hari...asik bergado je kalo jumpe....hahhahah sweet memory, mesti rindu suasana begini bila mereka dah besar kelak..






Monday, June 25, 2012

25/6...Seperti Biasa

Salam semua....berbicara tanpa lidah hanya kedengaran suara hati....hari ini aku rasa lega sesangat sebab satu beban telah dapat aku kurangkan...oooh yer, aku nak share tentang rumahku di sana, memang telah selamat dilelongkan kepada pembeli melayu. Beliau telah menghubungi ku pada malam minggu lepas 23/6, lama kami berbual seolah rakan lama pulak...tujuan beliau mencari aku hanyalah untuk memberitahu bahawa dia lah orangnye yang telah membeli rumahku...harga RM107,000.00 sahaja. Aku redha Ya ALLAH....aku pasrah, kerana sesungguhnya aku tahu Dia maha mengetahui lagi maha pengampun..ada hikmah sebaliknya yang mungkin aku tak nampak...sedih tetap ada...itu rumah pertamaku...hartaku untuk anak2 kemudian hari, namun perancangan ALLAH lagi menarik.......

Berbicara dengan suami, membuat aku rasa lega sangat......katanya harta dunia, tidak di bawa ke mati...ada hikmah dan mengurangkan bebanan hutang yang tertunggak sekian lama...cukup lah anak2 ku sebagai harta dunia akhirat....

Hati...bersabarlah...redhalah....atas semua dugaan dan ujian ini...pandanglah jalan dihadapan dan terus berjalan hingga ke titik akhirnya........

Friday, June 15, 2012

Hari Meroyan........

Salam...pepagi lagi hati rasa x best, xde mood...kenapa erkkk...nak salahkan siapa? Adakah aku yang bersalah? Salahkah tafsiranku itu? Bila sebut bab tanggungjawab, adakah kita semua rasa telah menyempurnakan tanggungjawab masing-masing, sebagai anak, isteri, ibu, suami, bapa kepada yang berhak. Sedih sebenarnya..................rasa x tergalas lagi apa yang aku pikul.........adakah ini takdir? harus berserah kepada takdir? Melawan apa yang ditetapkanNya? Kekadang aku buntu, tiada jawapan...adakah aku tidak pernah berpuas hati? Tetapi jangan lupa yer...ALLAH beri akal dan fikiran, fizikal dan mental untuk mencorakkan kehidupan kita. Selagi kita tidak berubah, selagi itulah kita berada di tahap tersebut.......jadi persoalannya salahkah kita untuk berubah ke arah yang lebih terjamin. Bukan untuk menunjuk, tetapi cukuplah untuk kesenangan diri sendiri dan ahli keluarga. Aku ingin jadi pemberi dan bukan selamanya menerima.

Ya ALLAH....andai apa yang hambamu tafsirkan salah, kau tunjukkanlah hambamu jalan yang diredhai, andai benar, kau tunjukkanlah jalan kepadanya...

Sesungguhnya aku sudah penat untuk berada di situasi @ takuk lama.............andai itu memerlukan pengorbanan, aku relaaaa...kerana sesungguhnya apa yang aku ingin lakukan hanyalah untuk ahli keluarga dan anak2 tercinta...aku ingin mereka bahagia dalam zaman anak2...remaja...permudahkanlah segalaNya ya ALLAH...

Tuesday, June 12, 2012

Bila Hati Berbicara

Salam...sabtu tv rosak...buppp...terus hilang dari skrin kaca tersebut...ahad lak...huhuhu laptop ku dijangkiti virus pula..gara-2 nak sangat copy movie dari iparku...sudahnya...semua melopong je setiap malam.. malam tadi agak sibuk membuat coklat, order dari rakan lama..alhamdulillah ada rezeki masuk, maklumla aku nih asal dpt gaji...habis jerk bayar semua bil bulanan...heheheh tunggu projek ayam lak, mudahan nak dekat raya nih, boleh la tuai hasil..

Hhmm...dasat sikit tahun nih, sebab baju raya sedondon dan sudah ditempah awal di kedai cik nor...bayar bulanan jer...sekurangnya aku dah lega sikit sebab dah kurang satu beban raya...heeheh tinggal nak beli je baju raya anak2, lepas tuh settle semua...insyallah, aku nak raya tahun nih, lain sikit...ingin rasa sifat memberi dari menerima sahaja...

Abang pula semakin sibuk dengan aktiviti masjidnya...aku tidak sesekali mengeksposekan diri kepada umum, biarlah low profile...heheheeh sebab aku hanya insan biasa sahaja...