My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Thursday, March 21, 2013

AIRPORT KLIA


Hari ini cik nor sekeluarga berangkat ke Mekah menunaikan ibadah umrah...pagi2 lagi kami dah ke airport untuk mengiringi pemergian mereka sekeluarga...aduh sebak rasanya....mak apa lagi...suke wat drama swasta kt situ dan akhirnya berjangkit dengan aku sekali....percaya tak, kami semua pergi menaiki satu kereta....hahahaha kereta abah lak tuh...aku mak abah along jep dan su..humbat sekali jalan...semoga kami semua selamat............

Aku juga sempat buat kek untuk adikku intan, untuk anaknya Faiz, nak sambut besdey lagi sekali kat taska lak...alhamdulillah semuanya dimudahkan....bermula aku membawa mak membeli barang dapur sehingga lah membawa mak menziarahi kematian jiran pak uteh ku...zaaaasss lari balik dah pukul 10++...nak deco kek pula.........dan special thank you to my husband yang membenarkan aku membawa mak.....tanpa izinnya juga, aku xkan ke mana.........

Salam sayang dari aku...aku sayang semua..........hehehehhe kena ucapkan agar hati kita tidak leka dan ralit...

Friday, March 15, 2013

RODA KEMBALI BERPUTAR

Alhamdulillah...syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya hidup aku kini kembali berpusing ke atas....rasanya syukur sangat.....kes rumah dah selesai tinggal nak bayar hutang bank sahaja....insyaallah....aku berazam untuk kembali ZERO hutang...

Ahad lepas, aku menghantar pulut kuning serta kari daging ke masjid. Aku dan mak bertungkus lumus menyiapkan bungkusan yang tak seberapa itu....ramai yang bertanya kenapa....aku hanya mampu menjawab SEDEKAH MASJID.........sebenarnya aku bernazar, sebaik sahaja selesai kes rumahku, aku akan bersedekah di masjid taman aku tuh....runsing juga sebab makin hampir tarikh berkenaan, keadaan kewangan aku agak tidak mengizinkan.........namun kuasa ALLAH tiada siapa yang dapat menidakkan, selaras dengan niat yang ikhlas......suamiku mendapat elauan masjid...lega sangat...alhamdulillahhh.......

Pagi sabtu 16hb Mac 2013 aku membawa mak ke pasar Banting untuk membeli daging dan rakan2 lain....zoom sana sini sampai rumah akhirnya dekat tengahari....ekekeekek adikku intan pula mengorder kek harijadi untuk anaknya faiz....apa lagi zooooooom buat kek dahulu....selesai deko semua pukul 3....lari kejap umah mak siapkan mana yang perlu.....................

Pukul 530 petang semua dah ada berkumpul di rumah makk...so kita tiup lilin leeeeeeee....Selamat Hari Jadi Sayang, semoga menjadi anak yang soleh...

Kek untuk Faiz....

Ahad 17hb......kul 5 aku dah gerak rumah mak...tolong final packing....ditemani hujan rintik2..........akhirnya bungkusan tersebut selamat aku sedekahkan di masjid...........ALHAMDULILLAH...........

KHASIAT TAUGE



INFO RASA: TAUGE: SAYUR MURAH YANG BANYAK KHASIAT 

Tauge mungkin sayuran yang dipandang biasa-biasa saja dan murah harganya. Namun hakikatnya, ia mengandungi khasiat 'luar biasa' kerana mampu meningkatkan kesuburan. Selain daripada itu ia juga dikatakan mampu menghindari penyakit kanser, melancarkan pencernaan dan menjadikan empunya diri tampak lebih muda. 

KHASIAT: 
Tauge ialah sayuran yang sangat popular bagi jenis masakan Oriental.Berasal daripada kacang hijau yang bercambah, tauge kaya dengan vitamin, mineral, asid amino, protein dan fitokimia. Malah, tauge juga berkesan untuk proses pencernaan kerana mengandungi banyak air dan serat. Ia juga dikatakan mampu menyumbang kepada tahap kesuburan lelaki dan wanita. 

KEGUNAAN: 
Tauge banyak digunakan dalam aneka masakan terutamanya melibatkan goreng ringkas (stir fry) dan dijadikan inti untuk menu seperti popiah. Ia juga boleh dimakan mentah dan dijadikan salad serta kerabu. 

PENYIMPANAN: 
Tauge hanya boleh disimpan dalam tempoh 2 hingga 3 hari sahaja di dalam peti sejuk. 

PENYEDIAAN: 
Basuh tauge sebersih-bersihnya dengan air dan toskan ia atau 
diletakkan di atas kertas/ tisu dapur agar airnya menjadi kering sebelum dimasak. 

CARA MEMASAK: 
Tumis tauge seketika mengikut resipi kesukaan anda supaya ia tidak layu. #Karangkraf

sumber gambar: google.com

Tuesday, March 5, 2013

Alhamdulilllah.......

Alhamdulillah...dapat panggilan dari bank........semua dah selesai dan surat akan dikeluarkan menyatakan aku bebas dari semua tanggungan.......Ya ALLAH syukur sangat....tak tau nak kata apa..mampu menadah tangan panjatkan kesyukuran ku itu.........

Sekarang tinggal untuk selesaikan bayaran kepada.............yang sudi ikhlas menolongku di saat2 getir lepas...terima kasih banyak......tak terlupa jasa yang ...........berikan kepadaku....

Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim.................aku bersyukur ke atas segala rahmat dan limpah kurniamu yang diberikan kepadaku sekeluarga.......moga aku akan jadi hamba yang lebih taat dan patuh pada perintahNya....aminnnnnnn