My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Thursday, May 24, 2012

Ketenangan Di Bulan Rejab

Alhamdulillah...aku semakin kuat dan tabah dalam melalui kehidupan ini. Aku dapat rasakan roda kehidupanku kembali berpusing ke atas....syukur padaMu Ya ALLAH...bertahun2 aku diuji...aku diduga....aku pasrah dan redha kerana hanya insan terpilih sahaja yang akan diuji olehNya...

Entah kenapa...harini aku rasa bahagia sangat......kerja-2 dipejabat dapat kulangsaikan dengan jayanya...aku bangga dengan diri sendiri kerana aku merasakan telah melompat ke tahap sekarang...anak-2 ibu, ketahuilah apa yang ibu lakukan sekarang hanya untuk masa depan kita bersama-sama.... :))

Monday, May 21, 2012

Salam

Salam semua...rindu pada blog ini, yang dah bersawang, berlumut dan berdaki nih...bukan kemalasan tetapi kesibukan yang melanda diri ini, menyebabkan masa menjadi suntuk. Bekerja di suasana baru, memerlukan komitmen yang tinggi dan ketahanan mental yang kuat. 

Adam...masih demam batuk selsema..budak2 senang betul berjangkitnya..tapi adam tetap hero...walau kurang sihat, lasaknya tetap gitu.......

Mak abah baru balik dari langkawi, alhamdulillah mereka selamat pergi dan selamat kembali. Berada di Langkawi selama 3 hari 3 malam mereka menginap di sana...harap mak abah happy sentiasa.

Minggu nih, anak3 semua sibuk dengan peperiksaan tengah tahun...ibu doakan semoga anak2 ibu dapat menjawab soalan dengan jayanya...

Aku.........? Alhamdulillah...rasa semakin baik dari semalam...semakin tinggi keyakinan ku...berharap semua berjalan dengan lancar dan dimudahkan oleh ALLAH swt...aminnnn

Friday, April 13, 2012

Alhamdulillah.........

Alhamdulillah, harini aku kembali ok...hehehehe setelah meroyan semalam akibat kecelaruan minda. Jumaat yang mulia ini, alhamdulillah aku diberi kekuatan untuk menghadapi hari-2 yang mendatang...lunch tadi aku sempat balik ke rumah, masak-masak serta membasuh satu trip kain lagi....huhhuuh makin banyak plak kain baju sekarang nih...maklumlah anak dah 4 orang gitu..

Alhamdulillah jua, kerana ALLAH mendengar rintihan kami...dipermudahkan segalanya...semoga kami lebih dekat kepadaNya...jika tiada aral melintang, ahad ini aku nak balik kampung belah suami aku di Rembau...harap semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Abang long suamiku ingin mengadakan kenduri doa selamat serta majlis pertunangan anak daranya...

Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim...syukur kepadaMu di atas segala rahmat dan limpah kurniamu...saat ini tidak terkata, kelu lidah untuk berbicara...hanya mampu mengucapkan SYUKUR...

Thursday, April 12, 2012

Kelu lidah untuk berbicara

Salam semua...2-3 menjak nih aku amat serabut sangat bila memikirkan kewangan aku...kalo dahulu aku boleh rileks lagi, tapi kali nih macam mendesak pulak. mungkin juga sebab aku telah merollingkan duit gaji aku semua...semua beban ekonomi di bahu aku, aku yang kena fikir semua itu...suami? heheheh kadangkala mcm ibu tunggal jer..so sorry my husband...aku cuba berfikiran positif dengan menganggap ALLAH telah titipkan rezeki melalui aku...so apa peranan suami yerk?? aku x mampu nak push suami aku...memang dia telah berusaha, berkebun, berternak segala bagai, namun rezeki masih belum berpihak kepadanya...sudah puas aku lihat dia berusaha, berdoa...maka aku spesifikasikan ALLAH belum meluluskan permohonan suami aku....apa lagi daya aku...aku dah cuba sehabis mungkin untuk membantu dia...aku dah berusaha untuk menjadi ibu dan isteri terbaik...aku tak tahu dimana silap kami...aku pasrah ya ALLAh...aku redha...

Buat keluarga mentua di sana, ketahuilah...bukan suami aku tidak mahu balik @ jenguk ke sana...tapi inilah masalah sebenar kami...dengan hanya aku sahaja seorang yang bekerja makan gaji....itulah duit segalanya...dengan anak2 sekolah belanja harian, kereta lagi...memang aku x mampu nak hitung perbelanjaan kami...yang mampu aku coretkan adalah didalam dairi...duit perbelanjaan sahaja...duit masuk x tahu dari mana setelah duit gaji habis ditolak....Alhamdulillah keluarga aku banyak memberi sokongan, adik-2 aku...tapi sampai bile aku harus menerima sahaja...sesekali aku ingin memberi pula...fahamilah kami...

Jawatan baru sebagai bilal pada suamiku...padaku tidak memberi apa-2, itu mungkin untuk saham dia diakhirat sahaja...tapi jangan lupe untuk yang berada didunia lagi...pada pegawai2 yang berkenaan, kita harus membuat semua kerja secara sukarela dan anggap satu ibadah...tetapi jika ada imbuhannya alangkah elok diberi pada yang berkenaan. Jangan cuai @ lalai kerana itu satu amanah. Alangkah molek jika 2 perkara itu berjalan serentak. Zaman sekarang zaman duit...bukan air liur sahaja. Secara jujur aku terkilan pada pengurusan masjid di tempat aku...kena faham suami aku kerja sendiri, tiada pendapatan tetap...dan aku yakin suami aku telah menjalankan kewajipannya secara jujur dan ikhlas..

Panjang lebar keluhan aku kali ini...aku dah puas menangis...sesungguhnya aku redha akan semua ini, namun sampai bile kemelut ini akan berakhir..aku ingin bahagiakn anak-2 dan juga keluargaku...suamiku...bangunlah jangan mengalah walau ada masa aku yang rebah...ada masa aku yang tempang...ada masa aku benar-2 teruji...namun jika takdirnya kita berpisah jua....aku juga redha..kerana tanggungjawab seorang pemimpin rumahtangga, tanggungjawab seorang anak, tanggungjawab seorang suami, seorang bapa..amatlah besar..jika tidak menjalankan amanah ALLAH...apakah jawapan yang bakal diberikan ketika soalan tersebut ditanyakan di alam barzakh nanti...

Thursday, February 23, 2012

Kembarku - Rohana Ahmad

Kembar tapi tak seiras...itulah gambaran yang aku berikan pada ikatan persahabatan kami. Bermula pada tahun 2008, sebaik aku menjejak kan kaki di syarikat tersebut, dialah orang pertama yang menghulurkan bantuan, dialah insan pertama yang memahami situasi aku..dan kerananya juga aku berada ditahap sekarang...

Kini dia akan pergi meninggalkan aku kerana tuntutan kerja...huhuhu walau aku tidak sepejabat dengannya pada masa kini, aku masih boleh lagi berjumpa dengannya diluar waktu senggang...namun bermula bulan 3 nanti, dia akan pergi jauh lagi dan mustahil untuk aku berjumpa lagi dengannya...

Na...aku harap persahabatan kita tidak akan putus sampai disini...walau dimana jua kau berada, aku sentiasa mengingatimu selamanya......

Kerja Baru...........Rakan Baru

Salam...hampir sebulan bekerja di tempat baru..masih dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran baru....dan anak-anak juga terpaksa berkorban dengan transit di rumah mak sementara hendak pergi ke sekolah...rasa kasihan melihat anak2 dalam keadaan begitu, namun keadaan tidak mengizinkan ibu berehat di rumah...ibu masih banyak komitmen, ibu kena tunggu hasil kerja ayah stabil dan ibu berjanji akan menjaga anak2 ibu satu hari nanti....insyaallah...

Sebenarnya hidup ini ada pasang surutnya...begitu juga dengan aku...hari2 yang aku lalui tidak dirancang dan banyak masalah kewangan yang melingkar sekitar hidup aku...namun alhamdulillah aku berjaya mengatasi semua masalah tersebut dengan izin Nya jua...

Tuesday, January 31, 2012

Rindu Blogging

Salam semua...ketika ini sue berada di pejabat lama kerana dipanggil untuk bertugas sementara...heheheh kira dibayar gaji hari ler...alhamdulillah lepas jugak duit minyak dan keperluan harian..ketika ini sue, masih mencari pekerjaan dan nampaknya rezeki belum berpihak kepada sue.

Ketika ini juga. sikecik adam pun masih tidak sihat dan asik demam batuk...huhuhu dugaan dimasa aku tidak bekerja..dan dibulan ini juga, banyak perkara berlaku...harap semuanya berjalan dengan lancar...

Buat abah mak...terima kasih kerana masih dibelakang aku walau susah senang..jasa kalian akan kukenang sepanjang hayat...