My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Monday, June 29, 2009

Berlalu Sudah Sehari Di Seremban-Rembau







Heeeheehe..akhirnya sampai jua aku ke halaman mentua aku di rembau. Huh bukan senang nak balik sana...aku nih spesis sibuk manjang...tah apa yang aku sibukkan pun tak tahu. Anyway semalam ahad (28/6/09) aku sekeluarga begitu gembira. Mau taknya anak aku dah lama x berjalan-jalan gitu... sempat gak singgah taman rekreasi bagi dorang gumbira sikit.

Hhhmmm sekejap jer masa berlalu...petang aku dah berangkat balik ke banting. Anyway aku berazam balik semula ke kampung mentua sebelum puasa nanti...insyaallah..

Friday, June 26, 2009

Yang Mana Satu Pilihanku...

Huuwawaua...aku dapat offer kerja bagus...tapi aku terpaksa berhenti dalam masa 24 jam..aku dikehendaki melapor diri pada 1-7-09...tapi..........macam mana nih...offer tak selalu datang..tapi aku x sanggup plak nak tinggalkan sini...dah macam family aku sumernya...

Ya ALLAH...berikan la aku jawapan pasti dalam perkara ini...di sana menanti di sini menunggu...

Monday, June 22, 2009

Berlalu Sudah....Kenduri Aqiqah

Alhamdulillah...selamat semuanya majlis aqiqah Mohd Faiz Danish..anak buah aku. Hhmm..penat gaban ko..cam kenduri kawen plak rasanya. Maunya x penat aku kena pastikan semuanya berjalan dengan lancar sehingga ke akhirnya...sampai la semalam, aku masih lepak kt umah mak siapkan kerja-2 mengemas. Sib baik katering...kalo x...ampunnnn...

So lepas nih rasanya xder lagi majlis yang penting-2...jadi fokus kt projek cili balik...

Thursday, June 18, 2009

Report Card Anak

Arini aku masuk lambat ke opis...nak amik report card anak-2 aku. hhmmm...aku x xpect lebih-2 kt dorang nih...sebab aku pun x street ngan dorang since aku kerja balik. Tapi apa pun aku salute kt dorang sbb still mengekalkan prestasi walau x dapat no 1...tapi x lah juga no akhir.

Aku sempat singgah majlis daerah..bayar permit khemah untuk kenduri sabtu nih...settle sudah semua dari katering hingga la khemah. Tinggal harinya sahaja...

Wednesday, June 17, 2009

Kenduri Lagiiiiii

hehheeh kenduri lagi...kali nih plak kenduri aqiqah anak buahku merangkap anak adikku yang lahir pada bulan 3 lepas. Majlisnya hari sabtu 20hb Jun, terpakso la den cuti lagik. Ikutkan...den la orang kuat dalam family sebab den dah tuo kot.hahahahahah..anak-2 den pun dah beso panjang...itu maknanya den pun dah tuo...hisshhh...

Anyway aku harap majlis berjalan dengan lancar. Ini kira kenduri paling the vogue dalam family aku tahun nih. maklum ler kenduri beso last masa adik pompuan ku INTAN kawen tahun 2007. Mak aiii lamanya...aku memang planning punya orang, so sebelum majlis mula aku dah wat checklist camner aku uruskan perkahwinan adik beradik ku yang lain...so check it out.

Moga majlis berjalan lancar. Aku dan intan dan huda ingat nak celebrate Mother's & Father's Day sekali sok. Wahhh mesti happening giler...Kena order kek Secret Recipe...sebab aku konpem memang tak leh wat kek sebab bizi yang amat....

Begitu Sekejap Masa Berlalu...

hhhmmm...kejap tul rasanya masa berlalu. Diam x diam...dah masuk bulan 6..2 minggu lagi bulan 7..lepas tuh muncul plak ramadhan..Aarrhh..apa jer yang dapat aku lakukan sepanjang tahun nih.

Anyway ahad 13hb tuh..andak esah kt sungai buaya wat kenduri tahlil. Alhamdulillah semuanya selamat. Aku datang dari pagi sampai ke petang. Ekekekeek aku leh promosi tepung kek aku tuh. Laku...sebab rasanya yang begitu moist membuatkan semua orang teruja untuk membelinya. Alhamdulillah...masuk lagi satu cabang bizz aku. Moga bizz online aku terus berkembang hendaknya....

Tuesday, June 9, 2009

Cupcakes & Tepung Kek 'DHIYA'


hheheheh...penat tul rasanya sabtu lepas (6/6/09). Mau x penat..aku berjaya menyiapkan cupcakes 100 biji untuk majlis kawen. Huh akhirnya ALHAMDULILLAH...siap juga setelah seharian suntuk aku menyiapkannya. Maaf ler xder gambar...kepuasan yang tidak terhingga. Namun satu permulaan bagiku. Insyaallah jika ada rezeki ingin aku kembangkn bizz bakering plak.

Semalam isnin (8/6/09) tepung kek 'dhiya' juga telah ku terima. Merupakan satu lagi jenis cabang bizz online ku. Aku ingin mengorak langkah lagi ke hadapan. Semoga ALLAH memberi ruang dan waktu untuk ku terus berjaya dalam semua bidang. AMINNN..

Thursday, June 4, 2009

Syukur Alhamdulillah...

Alhamdulillah sejak kebelakangan nih..rezeki kami anak beranak semakin bertambah. Ada jer lorong rezeki yang Allah limpahkan kepada kami...Aku pulak bakal membuat cupcakes order untuk orang kawen sabtu nih. Abg plak sibuk ngan keta orang...cili? masih berjalan seperti biasa. heheheh abang aku ler sibuk gaban.

Aku pun sibuk gak ngan biz online aku. Namun aku masih boleh membahagikan kerja-kerja ngan biz aku nih. Alhamdulillah...aku dah mula jual tepung kek "DHIYA" jom tgk kt link bizz online...

Tuesday, June 2, 2009

Tak Menang Tangan

heeheheh dah 2 minggu proses penuaian cili aku. Memang x menang tangan sebab pasaran yang terlalu luar biasa. Aku plak tanam hanya 1000 pokok. Memang x cukup. Jadi minta maaf la yer..sesapa yang terpaksa ku cancelkn tempahan tuh. Aku plak sekarang kena buru dek orang yg mencarik cili. Namun ALHAMDULILLAH...kerana itu impian aku dan suami dan dapat la jua belanja sikit-2..