My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Monday, December 31, 2012

Salam Tahun Baru 2013



Salam semua...selesai sudah musim durian crepe....alhamdulillah syukur pada ALLAH atas segala limpah dan kurnianya....penghujung tahun 2012...banyak yang berlaku baik suka dan duka...memberi pengajaran dan pengalaman berguna kepada su...

Kepada pelanggan, sahabat, rakan taulan semua...terima kasih tidak terhingga diucapkan dalam memberi sokongan kepada SUEBAKERS...

SELAMAT TAHUN BARU 2013.................

Friday, December 21, 2012

AKU REDHA...............

Salam jumaat...........dah 3 hari perang dingin..........tiada tanda-2 baik aku mahupun dia untuk beralah...tak tahu lah kali nih aku terlalu beku untuk memulakan semula...masih teringat-2 setiap patah katanya, biacaranya yang terus meragut kegembiraan aku, meragut kesabaran aku...........kini aku seperti orang asing dihadapannya.......aku cube berlagak selamba di hadapan anak2, namun anak2 makin rapat denganku...huhuhu dan dia makin sibuk dengan dunianya...akukah yang bersalah???????

Kesibukan aku dipejabat mahupun dirumah dapat menghilangkan rasa stress itu...aku ingin bahagia, aku ingin mengejar impian demi anak-2....aku harus kuat semula untuk anak-2 tersayang...semoga ALLAH merahmati hidupku sekeluarga....aminnnn

Friday, November 16, 2012

Salam Maal Hijrah & Hari Lahir Along

Salam semua....salam Maal Hijrah semua...semoga tahun baru memberi impak yang besar kepada kita semua. Menjadi insan yang lebih baik disisi Nya...

Tanggal 15-11-1999, lahirlah anak pertamaku setelah setahun berkahwin. Kini dah remaja dan dara...alhamdulillah semalam 15-11-2012 genaplah umurnya 13 tahun...ibu doakan along jadi anak yang solehah serta mendengar segala kata ibu dan ayah...

Percayalah....ibu sayang kamu semuaaa....


Friday, November 9, 2012

Ujian Demi Ujian

Salam semua termasuk anak ibu sekiranya terbaca blog ibu....dari semalam agak stress dengan urusan kerja yang tidak sudah...masuk plak urusan rumah di Senawang yang tak habis lagi, harap urusan rumah selesai dengan cepat, x sanggup nak tunggu lelama. Itu bukan harta aku lagi...aku redha harta dunia...mungkin ada salah dan silap ku semasa dahulu. Aku ingin terus pandang ke hadapan. Apa yang aku buat sekarang adalah untuk masa depan anak2...

Harini datang lagi masalah baruku...berkenaan pinjaman Felcra...surat dah sampai. Mana taknya aku bayar ikut sedap dan keselesaan ekonomi diri sendiri jeeee...haruslah yang bg pinjam tuh mengamuk....Ya ALLAH, aku mohon sangat agar ada jalan keluar dari semua ini...tak tertahan rasanya aku nak memikul semua bebanan ini...

Semalam abah juga luka di kaki kerana di gigit dek anjing gile kt depan umah mak...huhuhuhu bergegas aku ke emergency hosp untuk menemankan abah, alhamdulillah abah ok. Thank's to semua rakan taulan serta sedara mara yang caring pasal abah aku...luv u all...

Tuesday, September 18, 2012

Sekian Lama.......

Alhamdulillah....sekian lama meninggalkan diari tercinta, harini aku kembali untuk merencanakan cerita-2 yang lepas. Banyak suka dan duka walau nampak aliran kehidupan ku semakin kukuh...syukur sangat...terima kasih Ya ALLAH...

Bulan syawal juga telah melabuhkan tirai, seronok rasanya raya tahun nih...banyak niat yang telah jadi kenyataan dan terima kasih juga boss tmpt kerja baru nih...merasa gak duit raya walau baru kerja di sini...apa lagi...aku dan anak2 asik la ke Banting setiap hari sebelum raya...aku juga dapat memberi mak abah duit raya pada tahun ini...suka sangat rasanya, sebab dah lama tak bagi mak abah duit raya nih....

Along...juga telah meningkat dewasa....sedih juga sebenarnya...hahahah leh aku menangis bile ku khabarkan kepada suami mengenai berita tersebut....sedih giler....huhuhu lom lagi anak aku kawen sok...wawawawa...

Dalam masa terdekat juga...road tax kereta wira dah xpired, barang2 aku dalam asrama mintak diambil laks...pening 370' aku dibuatnya, namun sesungguhnya ALLAH maha mengetahui...aku diberi lorong yang mudah :))

Dunia IT tanpa sempadan...hari raya juga aku telah membeli tab untuk hero adamku...setelah asik menggunakan org lain punye....aku mengeraskan hati dan melekatkan duit raya ku itu....hahahahah akhirnya adam boleh bergembira dengan tab baru dia....

Dan semalam juga aku telah menambah akaun kewangan lagi dengan mengambil samsung tab 10" dan juga tv...hahahahah gara-2 adik iparku itu aku telah membuat keputusan yang gile gaban...insyaallah...aku kini menuju 0 hutang...semoga ALLAH merahmati dan memayungi setiap perjalanan hidup ku ini....aminn..

Thursday, July 19, 2012

Coretan Untuk Suami

19/7 - Alhamdulillah.........harini suami bersama ajk tertinggi masjid telah pergi mengadap PM kita di Serdang...heheheh sejak suami aktif di masjid...banyak jugak yang telah dia pelajari dan aku sedar waktu untuk kami sekeluarga agak terbatas. Namun atas rasa tanggungjawab...suami harus menunaikan amanat yang telah diberikan dan akuuuu....mengambil alih tugas2 beliau di rumah...amat penat sebenarnya menjalankan semua kerja serentak, balik kerja...ambil anak2...masak2...kemas rumah...lipat kain...dan seribu macam kerja di rumah....namun aku redha, aku enjoy buat semua itu walaupun ada masanya aku tewas jugak...tqvm to anak2 ibu...sorry kalau ibu ada menyakitkan hati kamu semua....tapi ketahuilah...IBU sayang kamu semua....

Ujian Demi Ujian

Salam....dah lama nak memblog....x kesampaian kerana sibuk yang amat. Pagi yang penuh rahmat ini, aku cuba untuk menulis untuk mengimbas masa lepas...Khamis lepas (12/7/12) wiraku rosak di kebun...aaaahhh kasihan suamiku di sana, pantas otak berputar ligat mencari idea. Hari itu jua, aku keputusan wang saku...kepada adikku intan ku pohon pertolongan, namun tidak kesampaian atas faktor mesin atm yang hampeh....aku kembali ke pejabat...masih berlegar-2 lagi untuk mencari dana. Nak pinjam en boss, beliau akan ke Mekah menunaikan umrah...x sedap pulak rasanya....huhuhuhu

Akhirnya...tq so much my abang jep...menghulurkan bantuan kecemasan....aku bergegas ke kebun suami untuk mencari mekanik yang boleh membaiki wiraku...tq kancil....banyak berjasa kepadaku ke sana ke sini...permulaan ok...kereta dapat dihidupkan...alhamdulillah....aku pun bergegas kembali ke pejabat...tq en boss sebab bagi keluar...

5.00 petang...telefon abang untuk tahu perkembangan semasa....aduhhhh kereta tak boleh hidup semula...nak buat macam mana, cina tuh dah cakap...kalo ok pun sekejap sahaja, memang perlu dibaiki di kedai...haaaaaaaaaaaaaaaa aku balik ambil anak2...ambil along kat sekolah dan zasssssssss pegi ke kebun semula untuk mengambil semula suamiku....sampai di rumah pukul 7++...penatnyaaaa....lapar pulak...akhirnya jadi la nasi goreng kicap sahaja....alhamdulillah...

13/7 - suami menaiki kancil ku untuk pergi ke kebun...mencari mekanik yang boleh membaiki wira...dalam keadaan budget ketat...ku tebalkan muka untuk meminjam dari mak....cukup bulan bayar habis dan habis jua lah gaji ku....MAK...tqvm...I LUV U...walau x pernah ucap depan mak...ketahuilah hanya kau seorang yang paling aku sayangi....membantuku dalam apa jua keadaan...

14/7 - aku menghantar suami ke kebun dan seterusnya mengambil mekanik...jauh juga bengkel. Kereta akan ditarik menggunakan kereta juga...aku berdoa semoga suami selamat sampai ke bengkel tersebut...

Akhirnya pukul 12++ semuanya telah selesai...dan aku sebenarnya telah berada di dewan untuk meraikan majlis perkahwinan sepupuku....penat lagik........wawawaw apapun enjoy dengan segala ujian dan dugaan ini..sebab??????? aku dah biasa dengan setiap ruang kesusahan...dah lali dengan segala penat lelah...keputusan duit...dan yang pasti ALLAH sentiasa berada denganku....alhamdulillah...

Thursday, July 5, 2012

Salam Nifsu Syaaban

Salam nifsu syaaban semua...sekejap je masa berlalu dah nak masuk ramadhan...diam tak diam dah pertengahan tahun jugak la..banyak kelebihan bulan syaaban nih antaranya dengan berpuasa sunat dan memperbanyakkan amal kita...

Diam tak diam juga, heroku adam...dah 2 tahun makin nakal dan comei jer...amat manja denganku, apa taknya masih menyusu badan sehingga kini...heheheh bile dah geram tuh mula lah sakat dia x mau nenen lagik...dia pandang je dengan mata terkebil2...rindu dengan memori anak2 semasa bayi, kanak2 dan sekarang dah masuk alam dara pula...

Aku??? masih di sini dengan harapan segala apa jua yang aku lakukan akan dirahmati dan sentiasa dibawah berkatNya..tiada apa lagi yang aku inginkan...sudah cukup lengkap kehidupanku ini...cume untuk meneruskan kelangsungan hidup..banyak la onak dan duri yang perlu aku hadapi...bukan mudah untuk aku sampai ke peringkat ini...segala penat lelah, onak dan duri telah biasa aku lalui dan sudah sebati dengan segala kesulitan itu, jadi tiada masalah bagiku dalam mengharungi hidup ini. Aku telah biasa hidup susah...adakalanya tinggal RM1 sahaja dalam beg duit...hanya mampu pasrah dan menunggu keajaiban dari ALLAH...


Wednesday, June 27, 2012

Aku Dan Dia..........

Salam...suspen je bunyi tajuk tuh kan....sebenarnya pegang-2 calculator tadi terus kira jangka hayat perkahwinan kami...alhamdulillah masuk 14 tahun, tahun ini...bersyukur masih dapat merasai susah senang bersama. Walaupun rasanya banyak yang susah, namun ketabahan, kesabaran mengatasi segalanya......

Dikurniakan 4 orang anak, 2 dara, 2 teruna membuatkn kehidupan aku lebih bermakna...tak pernah terfikir untuk mendapatkan 4 orang anak...tapi diperingkat begini....heeeheh cukup la tuh kot...itu pun dah buat kepala aku pening saban hari...asik bergado je kalo jumpe....hahhahah sweet memory, mesti rindu suasana begini bila mereka dah besar kelak..






Monday, June 25, 2012

25/6...Seperti Biasa

Salam semua....berbicara tanpa lidah hanya kedengaran suara hati....hari ini aku rasa lega sesangat sebab satu beban telah dapat aku kurangkan...oooh yer, aku nak share tentang rumahku di sana, memang telah selamat dilelongkan kepada pembeli melayu. Beliau telah menghubungi ku pada malam minggu lepas 23/6, lama kami berbual seolah rakan lama pulak...tujuan beliau mencari aku hanyalah untuk memberitahu bahawa dia lah orangnye yang telah membeli rumahku...harga RM107,000.00 sahaja. Aku redha Ya ALLAH....aku pasrah, kerana sesungguhnya aku tahu Dia maha mengetahui lagi maha pengampun..ada hikmah sebaliknya yang mungkin aku tak nampak...sedih tetap ada...itu rumah pertamaku...hartaku untuk anak2 kemudian hari, namun perancangan ALLAH lagi menarik.......

Berbicara dengan suami, membuat aku rasa lega sangat......katanya harta dunia, tidak di bawa ke mati...ada hikmah dan mengurangkan bebanan hutang yang tertunggak sekian lama...cukup lah anak2 ku sebagai harta dunia akhirat....

Hati...bersabarlah...redhalah....atas semua dugaan dan ujian ini...pandanglah jalan dihadapan dan terus berjalan hingga ke titik akhirnya........

Friday, June 15, 2012

Hari Meroyan........

Salam...pepagi lagi hati rasa x best, xde mood...kenapa erkkk...nak salahkan siapa? Adakah aku yang bersalah? Salahkah tafsiranku itu? Bila sebut bab tanggungjawab, adakah kita semua rasa telah menyempurnakan tanggungjawab masing-masing, sebagai anak, isteri, ibu, suami, bapa kepada yang berhak. Sedih sebenarnya..................rasa x tergalas lagi apa yang aku pikul.........adakah ini takdir? harus berserah kepada takdir? Melawan apa yang ditetapkanNya? Kekadang aku buntu, tiada jawapan...adakah aku tidak pernah berpuas hati? Tetapi jangan lupa yer...ALLAH beri akal dan fikiran, fizikal dan mental untuk mencorakkan kehidupan kita. Selagi kita tidak berubah, selagi itulah kita berada di tahap tersebut.......jadi persoalannya salahkah kita untuk berubah ke arah yang lebih terjamin. Bukan untuk menunjuk, tetapi cukuplah untuk kesenangan diri sendiri dan ahli keluarga. Aku ingin jadi pemberi dan bukan selamanya menerima.

Ya ALLAH....andai apa yang hambamu tafsirkan salah, kau tunjukkanlah hambamu jalan yang diredhai, andai benar, kau tunjukkanlah jalan kepadanya...

Sesungguhnya aku sudah penat untuk berada di situasi @ takuk lama.............andai itu memerlukan pengorbanan, aku relaaaa...kerana sesungguhnya apa yang aku ingin lakukan hanyalah untuk ahli keluarga dan anak2 tercinta...aku ingin mereka bahagia dalam zaman anak2...remaja...permudahkanlah segalaNya ya ALLAH...

Tuesday, June 12, 2012

Bila Hati Berbicara

Salam...sabtu tv rosak...buppp...terus hilang dari skrin kaca tersebut...ahad lak...huhuhu laptop ku dijangkiti virus pula..gara-2 nak sangat copy movie dari iparku...sudahnya...semua melopong je setiap malam.. malam tadi agak sibuk membuat coklat, order dari rakan lama..alhamdulillah ada rezeki masuk, maklumla aku nih asal dpt gaji...habis jerk bayar semua bil bulanan...heheheh tunggu projek ayam lak, mudahan nak dekat raya nih, boleh la tuai hasil..

Hhmm...dasat sikit tahun nih, sebab baju raya sedondon dan sudah ditempah awal di kedai cik nor...bayar bulanan jer...sekurangnya aku dah lega sikit sebab dah kurang satu beban raya...heeheh tinggal nak beli je baju raya anak2, lepas tuh settle semua...insyallah, aku nak raya tahun nih, lain sikit...ingin rasa sifat memberi dari menerima sahaja...

Abang pula semakin sibuk dengan aktiviti masjidnya...aku tidak sesekali mengeksposekan diri kepada umum, biarlah low profile...heheheeh sebab aku hanya insan biasa sahaja...


Thursday, May 24, 2012

Ketenangan Di Bulan Rejab

Alhamdulillah...aku semakin kuat dan tabah dalam melalui kehidupan ini. Aku dapat rasakan roda kehidupanku kembali berpusing ke atas....syukur padaMu Ya ALLAH...bertahun2 aku diuji...aku diduga....aku pasrah dan redha kerana hanya insan terpilih sahaja yang akan diuji olehNya...

Entah kenapa...harini aku rasa bahagia sangat......kerja-2 dipejabat dapat kulangsaikan dengan jayanya...aku bangga dengan diri sendiri kerana aku merasakan telah melompat ke tahap sekarang...anak-2 ibu, ketahuilah apa yang ibu lakukan sekarang hanya untuk masa depan kita bersama-sama.... :))

Monday, May 21, 2012

Salam

Salam semua...rindu pada blog ini, yang dah bersawang, berlumut dan berdaki nih...bukan kemalasan tetapi kesibukan yang melanda diri ini, menyebabkan masa menjadi suntuk. Bekerja di suasana baru, memerlukan komitmen yang tinggi dan ketahanan mental yang kuat. 

Adam...masih demam batuk selsema..budak2 senang betul berjangkitnya..tapi adam tetap hero...walau kurang sihat, lasaknya tetap gitu.......

Mak abah baru balik dari langkawi, alhamdulillah mereka selamat pergi dan selamat kembali. Berada di Langkawi selama 3 hari 3 malam mereka menginap di sana...harap mak abah happy sentiasa.

Minggu nih, anak3 semua sibuk dengan peperiksaan tengah tahun...ibu doakan semoga anak2 ibu dapat menjawab soalan dengan jayanya...

Aku.........? Alhamdulillah...rasa semakin baik dari semalam...semakin tinggi keyakinan ku...berharap semua berjalan dengan lancar dan dimudahkan oleh ALLAH swt...aminnnn

Friday, April 13, 2012

Alhamdulillah.........

Alhamdulillah, harini aku kembali ok...hehehehe setelah meroyan semalam akibat kecelaruan minda. Jumaat yang mulia ini, alhamdulillah aku diberi kekuatan untuk menghadapi hari-2 yang mendatang...lunch tadi aku sempat balik ke rumah, masak-masak serta membasuh satu trip kain lagi....huhhuuh makin banyak plak kain baju sekarang nih...maklumlah anak dah 4 orang gitu..

Alhamdulillah jua, kerana ALLAH mendengar rintihan kami...dipermudahkan segalanya...semoga kami lebih dekat kepadaNya...jika tiada aral melintang, ahad ini aku nak balik kampung belah suami aku di Rembau...harap semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Abang long suamiku ingin mengadakan kenduri doa selamat serta majlis pertunangan anak daranya...

Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim...syukur kepadaMu di atas segala rahmat dan limpah kurniamu...saat ini tidak terkata, kelu lidah untuk berbicara...hanya mampu mengucapkan SYUKUR...

Thursday, April 12, 2012

Kelu lidah untuk berbicara

Salam semua...2-3 menjak nih aku amat serabut sangat bila memikirkan kewangan aku...kalo dahulu aku boleh rileks lagi, tapi kali nih macam mendesak pulak. mungkin juga sebab aku telah merollingkan duit gaji aku semua...semua beban ekonomi di bahu aku, aku yang kena fikir semua itu...suami? heheheh kadangkala mcm ibu tunggal jer..so sorry my husband...aku cuba berfikiran positif dengan menganggap ALLAH telah titipkan rezeki melalui aku...so apa peranan suami yerk?? aku x mampu nak push suami aku...memang dia telah berusaha, berkebun, berternak segala bagai, namun rezeki masih belum berpihak kepadanya...sudah puas aku lihat dia berusaha, berdoa...maka aku spesifikasikan ALLAH belum meluluskan permohonan suami aku....apa lagi daya aku...aku dah cuba sehabis mungkin untuk membantu dia...aku dah berusaha untuk menjadi ibu dan isteri terbaik...aku tak tahu dimana silap kami...aku pasrah ya ALLAh...aku redha...

Buat keluarga mentua di sana, ketahuilah...bukan suami aku tidak mahu balik @ jenguk ke sana...tapi inilah masalah sebenar kami...dengan hanya aku sahaja seorang yang bekerja makan gaji....itulah duit segalanya...dengan anak2 sekolah belanja harian, kereta lagi...memang aku x mampu nak hitung perbelanjaan kami...yang mampu aku coretkan adalah didalam dairi...duit perbelanjaan sahaja...duit masuk x tahu dari mana setelah duit gaji habis ditolak....Alhamdulillah keluarga aku banyak memberi sokongan, adik-2 aku...tapi sampai bile aku harus menerima sahaja...sesekali aku ingin memberi pula...fahamilah kami...

Jawatan baru sebagai bilal pada suamiku...padaku tidak memberi apa-2, itu mungkin untuk saham dia diakhirat sahaja...tapi jangan lupe untuk yang berada didunia lagi...pada pegawai2 yang berkenaan, kita harus membuat semua kerja secara sukarela dan anggap satu ibadah...tetapi jika ada imbuhannya alangkah elok diberi pada yang berkenaan. Jangan cuai @ lalai kerana itu satu amanah. Alangkah molek jika 2 perkara itu berjalan serentak. Zaman sekarang zaman duit...bukan air liur sahaja. Secara jujur aku terkilan pada pengurusan masjid di tempat aku...kena faham suami aku kerja sendiri, tiada pendapatan tetap...dan aku yakin suami aku telah menjalankan kewajipannya secara jujur dan ikhlas..

Panjang lebar keluhan aku kali ini...aku dah puas menangis...sesungguhnya aku redha akan semua ini, namun sampai bile kemelut ini akan berakhir..aku ingin bahagiakn anak-2 dan juga keluargaku...suamiku...bangunlah jangan mengalah walau ada masa aku yang rebah...ada masa aku yang tempang...ada masa aku benar-2 teruji...namun jika takdirnya kita berpisah jua....aku juga redha..kerana tanggungjawab seorang pemimpin rumahtangga, tanggungjawab seorang anak, tanggungjawab seorang suami, seorang bapa..amatlah besar..jika tidak menjalankan amanah ALLAH...apakah jawapan yang bakal diberikan ketika soalan tersebut ditanyakan di alam barzakh nanti...

Thursday, February 23, 2012

Kembarku - Rohana Ahmad

Kembar tapi tak seiras...itulah gambaran yang aku berikan pada ikatan persahabatan kami. Bermula pada tahun 2008, sebaik aku menjejak kan kaki di syarikat tersebut, dialah orang pertama yang menghulurkan bantuan, dialah insan pertama yang memahami situasi aku..dan kerananya juga aku berada ditahap sekarang...

Kini dia akan pergi meninggalkan aku kerana tuntutan kerja...huhuhu walau aku tidak sepejabat dengannya pada masa kini, aku masih boleh lagi berjumpa dengannya diluar waktu senggang...namun bermula bulan 3 nanti, dia akan pergi jauh lagi dan mustahil untuk aku berjumpa lagi dengannya...

Na...aku harap persahabatan kita tidak akan putus sampai disini...walau dimana jua kau berada, aku sentiasa mengingatimu selamanya......

Kerja Baru...........Rakan Baru

Salam...hampir sebulan bekerja di tempat baru..masih dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran baru....dan anak-anak juga terpaksa berkorban dengan transit di rumah mak sementara hendak pergi ke sekolah...rasa kasihan melihat anak2 dalam keadaan begitu, namun keadaan tidak mengizinkan ibu berehat di rumah...ibu masih banyak komitmen, ibu kena tunggu hasil kerja ayah stabil dan ibu berjanji akan menjaga anak2 ibu satu hari nanti....insyaallah...

Sebenarnya hidup ini ada pasang surutnya...begitu juga dengan aku...hari2 yang aku lalui tidak dirancang dan banyak masalah kewangan yang melingkar sekitar hidup aku...namun alhamdulillah aku berjaya mengatasi semua masalah tersebut dengan izin Nya jua...

Tuesday, January 31, 2012

Rindu Blogging

Salam semua...ketika ini sue berada di pejabat lama kerana dipanggil untuk bertugas sementara...heheheh kira dibayar gaji hari ler...alhamdulillah lepas jugak duit minyak dan keperluan harian..ketika ini sue, masih mencari pekerjaan dan nampaknya rezeki belum berpihak kepada sue.

Ketika ini juga. sikecik adam pun masih tidak sihat dan asik demam batuk...huhuhu dugaan dimasa aku tidak bekerja..dan dibulan ini juga, banyak perkara berlaku...harap semuanya berjalan dengan lancar...

Buat abah mak...terima kasih kerana masih dibelakang aku walau susah senang..jasa kalian akan kukenang sepanjang hayat...


Wednesday, January 11, 2012

Salam Tahun Baru 2012

Salam semua...agak terlewat untuk mengucapkan salam tahun baru....semoga tahun ini memberi seribu makna kepada kita semua...dan semoga semua impian kita akan tercapai. Tahun ini 3 orang anak su sudah bersekolah, along masuk tingkatan 1, angah darjah 5 dan aiman darjah 1. Agak sibuk seminggu tahun baru ini menguruskan persekolahan mereka..namun alhamdulillah semua dapat diatasi dengan sempurna...

Awal tahun juga, su diduga awal...sepatut su sudah mula bekerja ditempat baru, malangnya kawan yang berjanji itu, tidak menepati janji...huhuhuh su redha dengan semua ini. Mungkin ada hikmah disebaliknya..jadi sekarang su kena mencari kerja baru maklumlah suami bekerja sendiri, jadi su kena kerja juga untuk backup...harapan su semoga perjalanan hidup su sekeluarga dipermudahkan olehNya...amin..