My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Tuesday, September 28, 2010

Kurang Sihat...



Salam...masih di bulan syawal...sana sini masih ada undangan open house...larat x larat jer nak pegi yer tak...huhuhu lately nih anak-2 aku kurang sihat, bermula dengan along yang demam, aiman yang batuk dan selsema diikuti wawawa... adam malam tadi dah mule menunjukkan ketidaksedapan badan dengan asik menangis sepanjang malam....separuh jiwa ku pergi bile melihat anak-2 kurang sihat. Adam baru pertama kali mengalami situasi begitu agak teruk dengan hidung yang tersumbat...mungkin susah untuk bernafas...aku dan suami bergilir-2 menjaga adam yang tidak selesa itu...huhuhuh nasib baik anak-2 yang lain boleh menjaga diri sendiri...

setakat hari ni along dan aiman dah beransur sembuh...tinggal adam yang kurasakan badan sudah mule hangat...mungkinkah dia mule beralih bulan untuk meniarap??? harap begitulah..

Friday, September 24, 2010

Kelebihan Seorang Wanita...

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.
2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.http://greensyndicate.blogspot.com"

sumber : solihinzubir

Friday, September 3, 2010

Salam Aidilfitri...

Salam semua...sudah masuk 24 ramadhan, tinggal 6 hari lagi kita akan tinggalkan bulan ramadhan yang mulia ini. Sedih sungguh sebab tahun nih sue tidak dapat bertarawikh kerana adam yang berumur 3 bulan tuh xder sapa nak jaga...apa pun sue harapkan ALLAH akan menerima ibadah sue yang lain kerana sue memang insan yang tidak sempurna...

Tahun nih masih seperti tahun lepas, tiada persiapan yang luar biasa...wawawa baju anak-2 masih belum lagi...masih tiada mood raya..kenapa yer? hehehe mungkin kehadiran adam menyebabkan sue leka dengan keletah dia sehingga lupe persediaan hari raya ini. Apapun su kena juga buat persiapan untuk anak-2 lain...biar mereka gembira dan pastinye sue turut gembira melihat keletah dan cahaya kegembiraan di raut wajah mereka...

Untuk anak-2 ibu, ibu akan pastikan kalian tetap gembira di lebaran ini...walau sederhana kerana itu yang lebih afdal... :)