My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Thursday, April 30, 2009

Tetamu Istimewa

Heehheheh...semalam rabu 29/4/09, aku ada tetamu istimewa yang datang dari jauh. Abang pada suamiku datang bertandang. Katanya nak tengok projek cili aku dan belajo serba sedikit...Hhhhmm..datang yang tak dijangka. Mak aku la back up aku lagik...ngeh ngeh siap bg aku lauk suh masak untuk dorang nanti. Ikut aku..malas ler...nak makan kt luar, tapi biler pikirkan ongkosnya..heheheh masak jer la. Apa yang ada, sudahnya taraaa...sup tauhu, kacang panjang goreng kicap + kentang, ikan masak sambal, ikan goreng, ikan masin dan tak lupa menu wajib anak-2 aku telur dadar. Woww...x caya plak aku sempat siapkan sumer tuh sebelum maghrib..

Along..dah leh di harap..aku siap suh sapu sampah dan lain-2..Angah? main jerk kerja dia. Satu aper pun x tolong. Anyway ibu sayang sumer..along..terima kasih banyak-2 yer sebab tolong ibu kemas rumah. so ibu sempat la masak.

Dah siap makan-2 dalam kul 8++...mereka beransur balik. Hhhmmm..ok la tuh. Mak aku pun datang gaks. Hhehehe nak tgk aku jadi masak ker? Adik aku Atan + Huda pun datang gaks...heheheh sesekali orang datang rumah, seronok betul rasanya.

Anyway..esok aku nak ke Subang Jaya plak..sempena housewarming rumah adik aku Intan + Faizal...seterusnya kenduri kawen sepupuku Zaril kat Shah Alam. Bizi gaban aku 2-3 hari nih...sampai tak g kebun cili. Errmmm...dah lama gaks aku x g kebun nih. Maybe next week aku free...so apa lagik..JOM..

Wednesday, April 29, 2009

Tak Tahu Nak Cakap Ape...

Resah...susah..pilu..bercampur baur. Tah la..susah nak cakap dalam keadaan sekarang. Dalam kemelut ekonomi sekarang, satu aper pun x leh buat. Gitu jugak dengan pinjaman aku. Xder kata putus, semenjak peralihan kuasa PM yang baru nih.

Apa lagi daya aku..aku dah cuba buat yang terbaik tapi mungkin belum sehabis baik. Entahla...aku x tahu nak cakap @ komen aper. Tapi dalam hati aku buk bak buk bak..yang boleh aku cakap..

YA ALLAH...PERMUDAHKAN SEGALA PERJALANAN HIDUPKU, MUDAHKAN SEGALA URUSAN KU DUNIA AKHIRAT...AMINN

Friday, April 24, 2009

Pergi Yang Abadi

Aku dikejutkan dengan berita kematian anak kawan sekerjaku En Hussin. Beliau hanya mempunyai 2 orang anak bujang. Yang pergi anak bongsu beliau...Pergi Yang Abadi di Alam sana. Aku sungguh sedih dan tak terkata sebab En Hussin nih macam kawan lama walaupun aku baru kenal setahun nih. Beliau juga mengenali abah aku masa zaman-zaman muda belia dulu.

Aaahhh...sungguh sekejap anaknya dipinjamkan kepadanya. ALLAH maha mengetahui..pasti arwah menunggunya di pintu syurga. Aku?...sudah bersediakah aku untuk ke alam tersebut..sudah cukup kah amalan ku selama ini..Ya ALLAH berilah aku peluang lagi untuk menabur bakti kepada kedua orang tuaku...AMIN...

Thursday, April 23, 2009

Perancangan Biz Baru

Hari nih aku rajin sikit menulis. Idea tengah banyak nih. Aku plan nak wat cabang biz lain pulak..selagi ada kudrat + tenaga + idea apa kata aku mulakan satu cabang biz lagik. Hhhhmm...cili pun dah hampir boleh dituai...x sabar rasanya nak rasa hasil projek cili nih...aku nak belanja makan kt sumer ahli keluargaku..

Oh yer...loan agro bank tuh suami aku dah submit hari rabu semalam. Hope everything will be OK..Semoga ALLAH memberikan aku sedikit kemanisan dalam perjalanan kehidupan ini.

Happy Besdey To Atan & Intan (Orang-2 Yang Aku Sayangi ke Akhirnya)



HAPPY BESDEY JUGAK WAT ADIK LELAKI KU ATAN (19-4-1980)....semoga jadi suami mithali dan papa yang sentiasa menyayangi ahli keluarganya...Amin..



HAPPY BESDEY YANG KE 31(23-4-1978)....dah tua gak ko yer...especially for my sister Intan. Semoga jadi isteri dan mama yang solehah...dah jadi mama pun ko nih...hope more matured and what ever la...Amin..

Wednesday, April 22, 2009

Hari Melepas Tension...

ekekekek...semalam selasa...aku amik cuti terus. Ingat nak masuk lambat sebab hantar Intan g hospital banting...errmrmmm...dah tunggu sampai tengahari...aku pun dah malas nak g kerja..sudahnya aku wat ler kerja-kerja peribadiku.

Pagi aku lari kejap pejabat tanah / daerah konon nak matikan setem...sekali daaaa...kena denda plak..ishksihsk..dari aku bayo denda tuh baik aku print surat tuh balik..hahahhhah...balik la aku...hhhhmmm x sumbit lagi loan aku nih...

Aku singgah RHB amik surat untuk kuarkan duit dari EPF untuk top up kt umah..lega leh tambah2 duit umah lama tuh.

Pas tuh aku terus ke KL...nak carik kain sofa ucu plak. Sib baik ada..jumper pun hijo kaler..ahahahah..balik dari KL kepala aku dah pening...angin la tuh..mana taknya jalan tengah-tengah panas buta...by the way aku enjoy..

Balik umah pun kt kul 5...ekekek cam org balik kerja gaks. Hope everything ok..

Monday, April 20, 2009

Rezeki Yang Tidak Ku Sangka

Betul kata pepatah...rezeki sesuatu yang subjektif yang tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata atau ungkapan. Memang tidak ku nafikan..aku memang menghadapi masalah kewangan sejak aku menguruskan projek cili ini.. aku belum menuai hasil...jadi totaly income sume dari aku. Tapi bayangkan lah dengan gaji aku yang tidak sampai seribu tuh...

Memang perit dan memang lelah untuk aku hadapi semua ini. Otakku sentiasa ligat untuk mencari sumber kewangan untuk belanja anak sekolah, makan dan minum dan juga untuk minyak kereta. Namun ALLAH masih menyayangi dan mengasihani ku sekeluarga. Dalam aku terkapai-kapai, dalam aku terpinga-pinga...ada jer rezeki yang ALLAH lorongkan kepadaku tanpaku sedar. Ya ALLAH..syukur padaMu..Aku tak pernah lupa semua jasa-jasa ibubapaku...adik beradik ku...

Buat mak...tak terkata dengan ucapan,yang aku amat bersyukur kerana dikurniakan mak sepertimu...Terima Kasih mak..

Buat Abah...terima kasih banyak kerana dalam aku kebuntuan...kau datang membantuku tanpaku pinta...

Buat adikku intan...terima kasih kerana masih mempercayaiku ke akhirnya...

Buat adikku Huda...terima kasih kerana memahamiku dan membantuku dalam saat genting walau kau sendiri dalam kepayahan...

Ya ALLAH ya Rahman ya Rahim...syukur kerana aku dikelilingi oleh keluarga yang prihatin yang masih memahami ku di saat-saat begini...Kuatkan imanku, tabahkan hatiku..moga aku dapat membantu mereka kembali satu hari nanti...

Wednesday, April 15, 2009

Aku...Entah la..

Adik beradik...satu darah...satu keluarga...satu bapa...satu mak. Memang tidak dapat dipisahkan lagi..tapi betul ker dalam satu rumpun tuh semuanya satu kepala..mungkin yer mungkin tidak...Aku hanya ada seorang adik perempuan yang paling aku sayang. Kami berbeza pemikiran berbeza pendapat, namun masih boleh sesuaikan diri. Dia jua racun dan penawar padaku. Dialah payung ketika aku dalam kesusahan, kelelahan dalam meniti arus kehidupan ini. Namun...ikatan tersebut agak renggang setelah dia berkahwin..aku tak bebas untuk berbicara, tidak bebas dalam erti yang sebenarnya....

Aku akui hakikat seorang wanita yang telah berkahwin akan menjadi hak suaminya. Namun harus ada ruang untuk diri sendiri dan untuk ahli keluarga lain. Aku kehilangan adik secara fizikal...kini dia dah jadi seorang ibu..Aku bangga dengan dia, lengkap sudah kehidupannya. Ketahuilah olehmu...wahai adikku..jasamu padaku selama ini akan ku kenang sampai biler-biler...

Aku Rinduuuuu







Tah kenapa...aku terlalu rindu pada masa silam..bila aku belek-2 album lama...terpamer wajah-wajah keriangan aku bersama anak-anak ku di rumah lama. Aku inginkan kehidupan yang ceria tanpa sebarang masalah..namun apa dayaku...aku hanya umatNya. Redha dengan ketentuan Ilahi...

Di sana...aku belajar aku erti kehidupan..erti hidup yang sebenarnya kerana aku jauh dari keluarga. Namun aku bangga kerana berjaya memiliki semua ini. Kini aku kembali ke pangkuan keluarga..aku berhijrah setelah menempuh pengalaman pahit di tempat orang. Cukup la 9 tahun aku mengabdikan diri di sana. Aku kembali untuk menjaga kedua orang tuaku. Aku ingin membahagiakan mereka..

Friday, April 3, 2009

Haruskah Aku Mengalah

Rumitnya situasi aku ketika ini. Entah la sukar nak digambarkan apa yang berlaku sekarang nih. Bak kata pepatah...di luah mati emak di telan mati bapak. Agaknya kot. Aku tak tahu apa penyelesaian sekarang. Aku tak mahu ada yang kecewa...aku mahu semua bahagia. Namun...aku nih umpama lilin yang membakar diri sendiri, di mana akhirnya aku yang terkorban. Tapi perlu ker pengorbanan tuh.....Meh dengar bait2 lagu Fauziah Latif

SETIA KU KORBANKAN

Kau janjikan bahagia
namun kau hantui
kau janjikan setia
rapuh ku berpegang untuk hidup
kembali lah hangati semula asmara ku
denganmuuuuu
Demi cinta suci...

Lepaskan Asmara Di jiwaku
Setia ku korbankan

Thursday, April 2, 2009

Aku Di Uji Lagi...

Ya...Allah...kuatkan lah diriku, imanku, dalam menghadapi kemelut ujian ini. Aku dah tak terdaya untuk harungi semua ini. Namun aku redha kerana ini mematangkan aku dalam kehidupan ini...Buat keluargaku terima kasih kerana masih memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi.
Aku...harus cekal dan lebih berani lagi dalam menangani semua yang datang. Aku harus kuat untuk masa depan anak-anak aku. Aku inginkan kehidupan yang selesa tanpa dibebani hutang piutang lagi. Aku ingin bebasssss....
Air mata...usah la kau gugur lagi kerana tiada guna aku sedih nestapa, kerana ALLAH hanya menguji hambanya yang layak dan tahan diuji. Hati....tabahkan dan cekalkan aku untuk harungi semua kemelut ini...