My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Friday, April 13, 2012

Alhamdulillah.........

Alhamdulillah, harini aku kembali ok...hehehehe setelah meroyan semalam akibat kecelaruan minda. Jumaat yang mulia ini, alhamdulillah aku diberi kekuatan untuk menghadapi hari-2 yang mendatang...lunch tadi aku sempat balik ke rumah, masak-masak serta membasuh satu trip kain lagi....huhhuuh makin banyak plak kain baju sekarang nih...maklumlah anak dah 4 orang gitu..

Alhamdulillah jua, kerana ALLAH mendengar rintihan kami...dipermudahkan segalanya...semoga kami lebih dekat kepadaNya...jika tiada aral melintang, ahad ini aku nak balik kampung belah suami aku di Rembau...harap semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Abang long suamiku ingin mengadakan kenduri doa selamat serta majlis pertunangan anak daranya...

Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim...syukur kepadaMu di atas segala rahmat dan limpah kurniamu...saat ini tidak terkata, kelu lidah untuk berbicara...hanya mampu mengucapkan SYUKUR...

Thursday, April 12, 2012

Kelu lidah untuk berbicara

Salam semua...2-3 menjak nih aku amat serabut sangat bila memikirkan kewangan aku...kalo dahulu aku boleh rileks lagi, tapi kali nih macam mendesak pulak. mungkin juga sebab aku telah merollingkan duit gaji aku semua...semua beban ekonomi di bahu aku, aku yang kena fikir semua itu...suami? heheheh kadangkala mcm ibu tunggal jer..so sorry my husband...aku cuba berfikiran positif dengan menganggap ALLAH telah titipkan rezeki melalui aku...so apa peranan suami yerk?? aku x mampu nak push suami aku...memang dia telah berusaha, berkebun, berternak segala bagai, namun rezeki masih belum berpihak kepadanya...sudah puas aku lihat dia berusaha, berdoa...maka aku spesifikasikan ALLAH belum meluluskan permohonan suami aku....apa lagi daya aku...aku dah cuba sehabis mungkin untuk membantu dia...aku dah berusaha untuk menjadi ibu dan isteri terbaik...aku tak tahu dimana silap kami...aku pasrah ya ALLAh...aku redha...

Buat keluarga mentua di sana, ketahuilah...bukan suami aku tidak mahu balik @ jenguk ke sana...tapi inilah masalah sebenar kami...dengan hanya aku sahaja seorang yang bekerja makan gaji....itulah duit segalanya...dengan anak2 sekolah belanja harian, kereta lagi...memang aku x mampu nak hitung perbelanjaan kami...yang mampu aku coretkan adalah didalam dairi...duit perbelanjaan sahaja...duit masuk x tahu dari mana setelah duit gaji habis ditolak....Alhamdulillah keluarga aku banyak memberi sokongan, adik-2 aku...tapi sampai bile aku harus menerima sahaja...sesekali aku ingin memberi pula...fahamilah kami...

Jawatan baru sebagai bilal pada suamiku...padaku tidak memberi apa-2, itu mungkin untuk saham dia diakhirat sahaja...tapi jangan lupe untuk yang berada didunia lagi...pada pegawai2 yang berkenaan, kita harus membuat semua kerja secara sukarela dan anggap satu ibadah...tetapi jika ada imbuhannya alangkah elok diberi pada yang berkenaan. Jangan cuai @ lalai kerana itu satu amanah. Alangkah molek jika 2 perkara itu berjalan serentak. Zaman sekarang zaman duit...bukan air liur sahaja. Secara jujur aku terkilan pada pengurusan masjid di tempat aku...kena faham suami aku kerja sendiri, tiada pendapatan tetap...dan aku yakin suami aku telah menjalankan kewajipannya secara jujur dan ikhlas..

Panjang lebar keluhan aku kali ini...aku dah puas menangis...sesungguhnya aku redha akan semua ini, namun sampai bile kemelut ini akan berakhir..aku ingin bahagiakn anak-2 dan juga keluargaku...suamiku...bangunlah jangan mengalah walau ada masa aku yang rebah...ada masa aku yang tempang...ada masa aku benar-2 teruji...namun jika takdirnya kita berpisah jua....aku juga redha..kerana tanggungjawab seorang pemimpin rumahtangga, tanggungjawab seorang anak, tanggungjawab seorang suami, seorang bapa..amatlah besar..jika tidak menjalankan amanah ALLAH...apakah jawapan yang bakal diberikan ketika soalan tersebut ditanyakan di alam barzakh nanti...