My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Sunday, August 30, 2009

9 ramadhan...

Sekejap jer masa berlalu...dah 9 ramadhan...namun aku masih kabur dalam meraikan hari yang mulia ini. Nasib baik ada anak-2...demi mereka lah aku membuat persiapan yang tak seberapa ini...untuk aku dan suami...cukup sekadar melihat anak-2 gembira dan dapat bersalaman dengan ibu bapa...

Hari ni hari ahad...x tahu nak wat aper...nak kemas pun umah sewa. Sejak aku berpindah ke sini memang aku tiada mood untuk mengemas rumah berbanding rumah sendiri di sana...pada aku janji kemas dan bersih cukup...untuk hias lebih-2 xder la...heheheheh

Saturday, August 29, 2009

Alhamdulillah...Selesai satu perkara...

Alhamdulillah...Hari ini 29/9/09...lega yang amat kerana aku telah berjaya menyelesaikan satu hutang iaitu kereta comelku...Habis sudah dan sudah menjadi harta ku...sedih sebenarnya sebab bukan senang untuk aku sampai ke peringkat akhir ini. Banyak ujian dan dugaannya...x terlangkau dan x tercapai dek akalku.

Banyak yang terkorban dan dikorbankan demi sebuah kehidupan...untuk aku kenang balik... x sanggup rasanya terlalu banyak derita perit jerih untuk aku teruskan kehidupan ini...namun alhamdulillah...ALLAH swt merestui perjalanan hidup ku ini..syukur padamu ya ALLAH...

Buat teman ku "ana" terima kasih banyak yer sebab sering membantuku di saat aku kebuntuan dan kekeringan ini...semoga ALLAH sahaja yang dapat membalas jasamu itu...

Peningggg.......

Semalam...28/8/09...aku rasa tensen dan pening yang amat...kenapa yer?...aku standard la asal cukup bulan mula la pening tak menentu...byk yg harus dilangsaikan tapi gaji amat la lambatnya. Camner aku nak pusingkan...mau x pusing kepala aku dibuatnya tiap-2 bulan...

Namun...aku redha kerana aku hanya berusaha, yg tentukan ALLAH swt..belum smpi masa untuk aku mewah...teringat aku zaman kegemilangan aku gaji 3-4k...namun aku bukan boros tak menentu...semua dapat ku selesaikan sebelum 30hb..heheheh melalut pulak...yang dah berlalu...hanya secebis kenangan terindah...to all my friends...tq a lot sbb dengar rintihan hati nih...sbb time meroyan gitu, aku perlukan somebody utk release tensen...tak lupa ku pohon pada ALLAH swt yang maha mengetahui perjalanan hidup hambanya...

Monday, August 24, 2009

3 Hari Ramadhan...


Alhamdulillah...masuk sudah hari yang ke tiga kita umat islam berpuasa...sekejap plak rasanya biler dah mula puasa. Anak-2 daraku nampaknya asik meragam jer time pose kali nih. Mau taknya sekarang time cuti sekolah jadi masa banyak terluang di rumah menyebabkan mereka asik menghitung masa untuk berbuka...hehheh sampaikan nak berbuka pun masih merengek-2 tanya biler nak makan...hhhmmm sabar jer la...

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan 1430H...


Salam ramdhan untuk semua...semoga ramadhan kali ini akan memberi seribu makna kepada kita dan jadikan ramadhan ini ramadhan terakhir buat kita...sebenarnya aku tak tahu kenapa aku tidak berminat untuk menyambut ramadhan dan syawal...kenapa yer? nasib baik ada anak-2 dara ku yang xcited untuk berpuasa mengingatkan aku tentang bulan barakah itu...

Ya ALLAH...berikanlah aku sedikit ruang untuk memberi kebahagiaan dan kegembiraan untuk anak-2ku dan jua untuk ibu bapaku. berilah aku kesempatan untuk memberi kesenangan kepada ibu bapaku...AMIN...

Untuk aku dan suami...kami hanya dahulukan untuk anak-2 agar mereka ceria dan gembira di saat ini. Biar mereka berkongsi cerita dengan rakan-2 tentang pengalaman mereka...

Untuk sekian kalinya...maaf ku pinta kepada seluruh ahli keluarga dan juga rakan-2 yang mengenali diri ini seandainya selama kehidupan ini aku membuat salah dan silap yang disedari atau tanpa disedari..

Thursday, August 20, 2009

SIRIM....ISO 2009

Huhh...semalam dan hari ini dan esok...sibuk gaban kerana menanti kedatangan pegawai SIRIM untuk pengambilan ISO 2009..untuk preparation jer makan masa seminggu untuk memberi persembahan yang terbaik...anyway x leh citer panjang sebab kebizian sangat nih dengan kedatangan tender baru...cauuuu

Wednesday, August 19, 2009

Penangan La Dolce Amira

huawawhauwahwa....meleleh air mataku disebabkan penangan la dolce amira malam tadi...episod akhir kot...sedih gaban ko...apsal aku emo sangat tp jalan ceritanya mmg touch smpi ke jiwa menusuk kalbu...ending abang amira meninggal dunia...geng amira happy again after mira alami kemurungan tahap gaban slps peristiwa hitam tersebut...then vee, wife abang mira pregnant...happy ending..namun teramatlah sedih sangat smpi aku plak yang over...heheheheh sib anak-2 tak melihat ibunya yang emo lebih-2..but aku enjoy tgk cerita tuh..

Monday, August 17, 2009

Penatnya...

Fuuhhh...penat seharian semalam...pagi aku ke nilai menaiki van pulak (anak-2 den hepi sungguh)...hahhaah bawak makcik (jun) a.k.a kembar kot..sbb aku sebaya ngan dia. Anyway dia request nak beli tikar yg amat popular sekarang...jenjalan-2 sampai penat kaki..finally jumper gak yang sesuai dan serasi dengan citarasa dia. Siap lunch sumer...kita org pun balik..diiringi hujan renyai-2..

Petang aku lepak kejap sambil wat kerja opis yg ku bawak balik, sambil tuh tolong gaks hubby siapkan van makcikku. touch up sana sini...5.30 petang g pulak rumah adik iparku huda sebab jun nak tgk anaknya...sampai umah mahgrib...

Maghrib plak jun kata nak balik sbb suami x berapa sihat...errrmmm aku terfikir sian dia...so aku propose anto dia balik..sbb dia x cukup tido sumer...so aku anto la dia balik..x per la wat amal jariah sekali sekala...sebab dia amat baik ngan aku. I love her...balik jam dah tunjuk kul 930 pulak...singgah jap makan...anak-2 pun dah terkulai jer...sian dorang...cuti yang hepi dan memenatkan.. final sampai rumah kul 10.00 malam...terusss zzzzzzzzzz

Thursday, August 13, 2009

Demam...

Anak-anak ku tidak bersekolah lagi semalam. Angah x sekolah dari hari selasa...semalam along join gak sbb mata bengkak sebelah...Hhhhmmm so aku decide x kerja sbb jaga dorang nih...suami ku pulak g ke kebun setelah beberapa hari x ke sana.

Heeheheh boring plak biler duk umah nih... tak tahu nk wat aper-2..sudahnya aku buat popia bersalut nestum...camner rasanya yer...jom kita intai..


selepas di goreng

sebelum di goreng

Monday, August 10, 2009

Kata-kata Hikmah...

Tertarik dengan kata-2 hikmah ini...kerana berkait rapat dengan dunia kehidupanku...

Sebenarnya bila kita di uji bukan tanda ALLAH membenci malahan ALLAH sayang kita. Pilih kita untuk hadapi ujian kerana ALLAH tau kemampuan kita menghadapinya...

ALLAH pilih kita untuk hapuskan dosa-dasa dan menaikkan martabat kita disisinya... tak semestinya kegagalan yg kita hadapi tanda kita gagal tapi kegagalan adalah permulaan sebuah kejayaan.

Hadapi ujian dengan redha kerana di sebaliknya menanti ganjaran yang tak kita sangka.

Wednesday, August 5, 2009

Fadhilat Syaaban

Nisfu dlm bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Assalamu'alaikum w.b.t...

Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Rabu malam Khamis ( sebaik saja masuk maghrib), 5hb August, 2009 (selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1430H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

Tuesday, August 4, 2009

Pesanan Untuk Diri Dan Semua

Hehehehhe...sebenarnya x tahu nak mula dari mana...tapi nak sentuh sikit pasal keluarga. Air dicincang takkan putus..perumpamaan yang begitu sinonim dalam masyarakat kita...walau apa jua anasir yang datang mengganggu gugat, ikatan persaudaraan tidak patut dirungkaikan tapi harus diketatkan kerana hanya kita sahaja yang mengenali adik beradik @ ahli keluarga sendiri. Jangan biarkan orang luar bertepuk tampar melihat pergelutan @ kekacauan yang berlaku. Anggap satu cabaran dan ujian untuk mematangkan diri.

Setiap teguran @ nasihat yang diberi, terima lah dengan hati terbuka. Fikir dengan positif dan ambil langkah sejajar dengan nasihat itu...Tiada yang tersembunyi @ tersorok...terima la seadanya kerana kita adalah kita dan dia adalah dia...sekiranya terdapat masalah bincang lah sesama kita jangan sampai orang luar tahu...ketahuilah bukan mudah untuk menjaga hati semua orang...tetapi sekurang-kurangnya kita telah mencuba untuk menjadi yang terbaik...Untuk semua...aku sayang semua...ke akhirnya..