My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Tuesday, January 31, 2012

Rindu Blogging

Salam semua...ketika ini sue berada di pejabat lama kerana dipanggil untuk bertugas sementara...heheheh kira dibayar gaji hari ler...alhamdulillah lepas jugak duit minyak dan keperluan harian..ketika ini sue, masih mencari pekerjaan dan nampaknya rezeki belum berpihak kepada sue.

Ketika ini juga. sikecik adam pun masih tidak sihat dan asik demam batuk...huhuhu dugaan dimasa aku tidak bekerja..dan dibulan ini juga, banyak perkara berlaku...harap semuanya berjalan dengan lancar...

Buat abah mak...terima kasih kerana masih dibelakang aku walau susah senang..jasa kalian akan kukenang sepanjang hayat...


Wednesday, January 11, 2012

Salam Tahun Baru 2012

Salam semua...agak terlewat untuk mengucapkan salam tahun baru....semoga tahun ini memberi seribu makna kepada kita semua...dan semoga semua impian kita akan tercapai. Tahun ini 3 orang anak su sudah bersekolah, along masuk tingkatan 1, angah darjah 5 dan aiman darjah 1. Agak sibuk seminggu tahun baru ini menguruskan persekolahan mereka..namun alhamdulillah semua dapat diatasi dengan sempurna...

Awal tahun juga, su diduga awal...sepatut su sudah mula bekerja ditempat baru, malangnya kawan yang berjanji itu, tidak menepati janji...huhuhuh su redha dengan semua ini. Mungkin ada hikmah disebaliknya..jadi sekarang su kena mencari kerja baru maklumlah suami bekerja sendiri, jadi su kena kerja juga untuk backup...harapan su semoga perjalanan hidup su sekeluarga dipermudahkan olehNya...amin..