My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Monday, March 30, 2009

Hhmmm....

Pagi yang sungguh menyesakkan aku. Aku g Shah Alam kejap atas urusan peribadi. Lalu plak jalan klang yang memang dah konfem jem gaban. Sudahnya sangkut gaks aku kt bandar klang tuh dekat sejam...
Nak wat camner yer...ku gagahkan juga diriku untuk meneruskan perjuangan hidup ini. Selagi nafas masih ada...akan ku teruskan jua langkah ku ini. Bukan senang nak senang...bukan susah nak susah. Aku? masih mendaki kembali ke puncak. Aku ingin kembali di zaman kecemerlangan aku. Walau sesukar mana..seperit mana pun akan ku cuba usaha untuk mendaki kejayaan itu.
Semoga ALLAH dan kedua ibu bapaku merestui perjalanan hidupku...

Friday, March 20, 2009

Mak...Jasamu Tak Terbalas

Mak...tak terucap dengan kata-kata, tak terbalas olehku segala pengorbanan mak padaku selama ini. Hari ini mak membuat keputusan untuk membantu kewangan aku lagi. Aaahhh...sukarnya nak ku bayangkan pengorbanan mak. Mak x pernah berkira denganku, mak x pernah menunjukkan rasa susah hatinya depanku dan sesungguhnya aku x pernah mempamerkan rasa riak kecewa, sedih dah buntu di hadapan mak. Namun jiwa seorang ibu, semestinya mengetahui apa yg berlaku dalam kehidupan anak-2nya...
Percaya lah mak...satu hari nanti ALLAH akan jua memberikan sedikit kesenangan untuk aku dan keluarga. Dan akan ku kongsikan semuanya bersama. Insyallah...

Resah Semalam

Hatiku resah..jiwaku gelora...Ya ALLAH...bantulah umatmu ini dalam mencari jalan penyelesaian..time aku nak wat loan MARA & TEKUN...sumer nih dah dibekukan...kecewanya aku....
Terima kasih wat suami tersayang....dia banyak memberi sokongan padaku, walau riak kecewa tidak terpamer di wajahku, tapi dia tahu aku sesungguhnya kecewa. Tapi aku x pernah rasa kecewa...bagi aku ini satu booster pada aku untuk lebih cekal dan lebih berfikiran pantas dalam menangani sesuatu perkara. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Hanya ALLAH yang maha mengetahui.

Monday, March 16, 2009

Proses Perpindahan Anak Semaian Cili ke Polybeg


Minggu bizi wat suamiku...dari 11hb Mac sehingga 13hb....proses perpindahan bermula ke polybeg. Doa ku semoga percaturan ini berjaya...setelah semuanya ku letakkan pada projek ini..masa + tenaga + duit...dll..


Hhhhmmmm...moga projek ini menjadi kenyataan dan aku berharap dapat menunaikan janjiku pada mak + abah ku...Mak...kurang sihat semenjak dua nih, dah puas aku ajak ke klinik..tp tak mahu pulak..seusai solat aku berdoa semoga mak + abah panjang umur...aku nak berbakti pada mereka sepuas-puasnya...setelah aku duk jauh sepuluh tahun lepas...kini aku nak lebih dekat ngan mak + abah...


Kelahiran Anak Adikku

8-3-09 merupakan tarikh keramat wat adikku intan dan jua ahli kuarga lain. Akhirnya penantian kami semua termakbul bila mana lahirnya Mohd Faiz Daniel ke muka bumi...hehhehhe dari hari sabtu kita org berkampung kat Hospital Sg Buluh...akhirnya adikku di bawa ke Hospital Banting...

Akhirnya pagi Ahad pukul 8.12 pagi...lahirnya seorang lagi umat Muhammad s.a.w ke dunia ini. Hari tuh jugak kitaorg bizi ngan kenduri kawen anak ucu Amir - Intan gaks namanya. Aku? penat gaban...ke hulu ke hilir ngan angah yg menangis cam org kena sawan lagaknya. Geram pun ader...marah pun ader...dia tuh x leh kena panas. Nak plak kat umah orang kawen...memang ler panasssssssss...hati aku lagi panas tengok gelagat dia tuh...

Wednesday, March 4, 2009

Final...


Alhamdulillah...aku smpi ke final. Yesss..nak pindahkan anak semai ke polybeg. Minggu nih terbizi sikit wat suamiku...sebelum anak semaian di pindahkan...Aku x sangka akan sampai tahap begini...terima kasih banyak wat kawan ku ana...dia banyak menolong aku di saat-2 kritikal...heheheh aku dan dia jer tahu. Anyway, aku harap impian aku dan suami akan jadi kenyataan.


Mau x gerunnya..setelah banyak berkorban dari duit, masa dan tenaga...itu jer yang aku mampu wat untuk memperbaiki kehidupan kami. Aku benar-2 berharap, semoga penghijrahan aku ini dapat merubah corak hidup aku.


Aku nak tunaikan janji aku pada mak + abah...hehheeh walaupun dorang tak tahu tapi itu janji diri aku sendiri. Aku akan bawa mereka ke Mekah...Insyaallah...Allah mudahkan segalanya...