My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Wednesday, May 27, 2009

Alhamdulillah...

heheheh Alhamdulillah...masa yang ku tunggu jua telah tiba. Aku dah boleh petik hasil cili ku. Suamiku telah mula memetik dari semalam lagik. Tapi belum leh jual lagik sebab belum merah sepenuhnya. Sabaaarrr...heheheh nak rasa hasil keringat yang pertama.

Anyway aku dah ada beberapa customer yang akan aku jual secara borong. Memandangkan harga pasaran sangat rendah sekarang...aku amik insentif sendiri dengan menjual sendiri tanpa orang tengah. Harapan aku moga projek ini akan berjalan lancar...

Tuesday, May 19, 2009

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...syukur padaMu Ya ALLAH...sbb tadi baru lepas call bank rumah. Setelah berhempas pulas dan sehabis daya...akhirnya bank beri kelonggaran padaku, itupun setelah aku menerangkan dengan terperinci perancangan aku.

Ingin aku terangkan kat sini...bukan mudah untuk aku sampai ke peringkat sini. Banyak onak dan duri, untuk meloloskan diri aku, aku terpaksa memerah otak dan terus berusaha sehabisnya untuk sampai ke sini. Bukan mudah untuk aku terus berdiri gagah dalam hidup ini setelah penghijrahanku ke kampung halaman. Dan bukan mudah untuk aku mengekalkan rumah lama aku di senawang. Tak terkata rasanya keperitan dan kepayahan hidup ini. Hanya ALLAH yang maha mengetahui..

Buat seseorang yang telah membantuku di saat kritikal ini...terima kasih banyak. Moga ALLAH melimpahkan rezeki dan rahmat buatmu...AMIN..

Monday, May 18, 2009

Mengapa Jadi Begini...

Aaahhh...bosan rasanya...aku baru call Agro Bank..tanya tentang keputusan pinjaman SME tuh..katanya x tahu lagik. Bank negara x kuarkan dana lagik...waduhhh...sampai biler aku harus menunggu nih. Ya ALLAH...berikan lah aku kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi semua ini. Aku dah tak larat nak pikul semua nih..due date rumah makin hampir...aku tak tahu nak settlekan camner lagik nih. Aku benar-2 buntu sekarang...

Ya ALLAH Permudahkan lah segala urusanku dunia akhirat dan permudahkan lah urusan ku dalam menyelesaikan segala hutang piutang. Hanya padaMu aku memohon...AMIN......

Thursday, May 14, 2009

Syukur..

Dah lama aku tak update blog nih. Hhhhmmm hari ni nak share pasal "syukur". Hari ni aku benar-2 gembira dan bersyukur di atas limpah dan kurniaNya, aku masih lagi bernafas dan masih dapat berbakti kepada orang tua ku. Naper yer aku hepi hari ni. Sebabnya aku nih masih merangkak kembali setelah terjatuh satu ketika dulu. Kini aku masih bertatih walau ekonomi telah stabil, namun yang membuatkan aku bersyukur yang amat kerana ketika aku gawat atau kehilangan punca ALLAH sentiasa melorongkan rezeki-2 yang tidak di sangka. Alhamdulillah..kalau nak di kira gaji ku..errrmmm dapat bayar rumah jer..namun itulah kuasa ALLAH swt..yang sentiasa menguji ketabahan dan kesabaran seseorang hamba.

YA ALLAH..syukur ke atas segala nikmatmu dan ALHAMDULILLAH kerana aku masih dapat bertahan dan kekal sehingga kini. Ini semua adalah untuk anak-anak ku jua...

Tuesday, May 5, 2009

Berlalu Sudah....

Hhhmmm...akhirnya semua peristiwa penting dalam bulan 5 nih berjalan dengan lancar. Jumaat 1 Mei adikku Intan selamat mengadakan kenduri doa selamat sempena masuk rumah baru..kita org sampai pukul 11.00 pagi gaks...so kemas-2 terus baca doa. Sebab ari jumaat, nak solat jumaat plak.

Pukul 4.00 aku gerak balik singgah plak umah andak zaharah, sempena perkahwinan anak lelakinya Zarir. So sabtu & ahad aku akan ke shah alam gitu.

3hb Mei..ahad..selesai sudah majlis perkahwinan sepupuku Zarir. Penutup perkahwinan edisi tahun 2009. Lepas nih tak tahu giliran sapa yek..sbb belum ada tanda-3 yang nak bertunang.

Jadi lepas nih...aku akan bizi kt kebun plak. Nampaknya dah leh jual hasil cili aku nih...Apa lagi...jom g kebun..