My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Wednesday, January 21, 2009

Doa Selamat & Kesyukuran

19-1-09 Alhamdulillah aku selamat wat kenduri doa selamat & kesyukuran sempena along naik Quran...heheheheh wat kat umah ustaz tmpt anak aku ngaji jer...tp aku dtg for moral support and AMINkan doa ustaz tuh.

Syahdu giler rasa biler ustaz tuh cakap doa ini khas untuk aku + suami + keluarga murah rezeki, jauh dr sebarang penyakit, aman damai dll...Yup...aku wat sekali untuk kesihatan suami yang beransur sembuh dan juga untuk projek cili aku yg sedang berjalan..Kira semua dalam satu la..

Insyaallah...bila dah ON jer projek cili tuh...aku akan wat doa selamat yang real untuk ku sedekah kepada sume atas nikmat yang telah ALLAH beri kepadaku sekeluarga. AMINNN

Thursday, January 15, 2009

Pembersihan Kawasan Projek

15-01-09 (Khamis) hheheheh...pembersihan kawasan projek ku sedang berjalan. Diawasi oleh suami dan adikku atan. Syukur ke hadratnya...akhirnya semua berjalan lancar mengikut rancangan.

Aku...? Masih bekerja di sini. Namun itu tak melemahkan semangatku untuk mengikuti perkembangan perjalanan projek kami. Apapun terima kasih untuk semua yang membantu dan menyokong perjalanan hidupku sehingga ke hari ini....

Wednesday, January 14, 2009

Projek Cili - ADELIA AGRO & RESOURCES

Hmmm...alhamdulillah dengan doa semua...aku bakal melancarkan cawanga terbaru syarikat aku ADELIA ENTERPRISE....iaitu ADELIA AGRO & RESOURCES. Itulah hasil pengorbanan aku dan suami selama ini. Projek cili ini akan dijalankan oleh suamiku sendiri serta dibantu olah adikku dan diuruskan oleh aku sendiri. Setelah sekian lama kami menanti akhirnya...projek ini akan berjalan.

Bukan senang untuk aku harungi semua liku-liku kehidupan ini dan sekali lagi penghargaan yang tidak terhingga buat emakku kerana memberi dorongan dan bimbingan kepadaku untuk meneruskan projek yang sekian lama kami harapkan.

Kini aku mengharapkan sinar yang bakal menjelma memberi seribu inspirasi dalam kehidupan kami. Ya ALLAH...permudahkanlah segala kerja-kerja kami..

Tuesday, January 6, 2009

Alhamdulillah...

4-1-09 Lega rasanya bile kenduri kesyukuran yang diharapkan oleh mak berjaya dengan bantuan semua adik beradik ku. Tanpa bantuan semua tak mungkin kenduri besar kononnya kecik dapat direalisasikan sempena kandungan adikku intan 7 bulan.

Huh...balik rumah kt kul 10.00 mlm setelah semua siap aku kemaskan...esok plak anak nak ke sekolah...ermmm...gosok baju sek dulu la...

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1430H DAN TAHUN 2009