My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Thursday, February 23, 2012

Kembarku - Rohana Ahmad

Kembar tapi tak seiras...itulah gambaran yang aku berikan pada ikatan persahabatan kami. Bermula pada tahun 2008, sebaik aku menjejak kan kaki di syarikat tersebut, dialah orang pertama yang menghulurkan bantuan, dialah insan pertama yang memahami situasi aku..dan kerananya juga aku berada ditahap sekarang...

Kini dia akan pergi meninggalkan aku kerana tuntutan kerja...huhuhu walau aku tidak sepejabat dengannya pada masa kini, aku masih boleh lagi berjumpa dengannya diluar waktu senggang...namun bermula bulan 3 nanti, dia akan pergi jauh lagi dan mustahil untuk aku berjumpa lagi dengannya...

Na...aku harap persahabatan kita tidak akan putus sampai disini...walau dimana jua kau berada, aku sentiasa mengingatimu selamanya......

Kerja Baru...........Rakan Baru

Salam...hampir sebulan bekerja di tempat baru..masih dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran baru....dan anak-anak juga terpaksa berkorban dengan transit di rumah mak sementara hendak pergi ke sekolah...rasa kasihan melihat anak2 dalam keadaan begitu, namun keadaan tidak mengizinkan ibu berehat di rumah...ibu masih banyak komitmen, ibu kena tunggu hasil kerja ayah stabil dan ibu berjanji akan menjaga anak2 ibu satu hari nanti....insyaallah...

Sebenarnya hidup ini ada pasang surutnya...begitu juga dengan aku...hari2 yang aku lalui tidak dirancang dan banyak masalah kewangan yang melingkar sekitar hidup aku...namun alhamdulillah aku berjaya mengatasi semua masalah tersebut dengan izin Nya jua...