My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Thursday, October 22, 2009

Malas yang amat........

Huhuhuhu dah lama tul aku x membizikan diri dengan blogku ini...kemalasan yang teruk melanda.....lg plak badan nih skrg banyak angin...sana sini x sedap rasanya...tuh yang buat budu jer kt opis nih...layan tenet jerk...

Wednesday, October 14, 2009

Aku yang emosi...

Pukul 12.32 tghari...tetiba mood aku bertukar setelah ibuku mengkhabarkan bahawa ada sorang kawan baik suamiku mencarinya...walhal dah lama terpisah...aku tidak mahu peristiwa hitam berulang kembali...Ya ALLAH lindungilah keluargaku dari sebarang ancaman syaitan dan jin yang sentiasa menyesatkan manusia...AMIN...aku tak mahu ada kaitan lagi dengan manusia-2 yang berhati busuk dan penuh sifat-2 munafik...cukup aku diuji selama ini dengan segala kelakuan bodoh mereka....

Aku baru ingin merasa aman dan tenang didalam kehidupan ini. Cukup dengan segala penderitaan aku selama ini, berilah aku sedikit ketenangan dan kebebasan dalam melayari sisa kehidupan ini...

Friday, October 9, 2009

Aku yang terlalu....

hhhhmmm dari pagi aku nk luahkan...tapi x terluah. Bagiku ia merupakn kes biasa cuma hari ini aku terlalu emo kot...mgkn pertukaran hormon...hahahaha...kenapa yer...aku semacam kecewa ke atas apa yang berlaku walaupun aku nih kategori tabah, sabar...dan mempunyai semangat juang yang tinggi dan sentiasa berfikiran positif, namun aku hanyalah manusia biasa yang tak lepas dari salah silap...syaitan sentiasa mengelilingi umat manusia untuk sentiasa berbuat kejahatan...kalo berjaya...kenduri besar lah keluarga syaitan tuh...

Apapun aku berbalik pada ALLAH...sentiasa bersihkan hati dan jiwa sentiasa fikir ada hikmah sebaliknya...dan sentiasalah berbuat amal jariah @ sedekah...aku tahu, sedikit kelekaan akan membuatkan aku kecewa sepanjang masa...Ya ALLAH...ampunkan segala dosa-2 ku...terimalah amal ibadatku...AMINnn...

Wednesday, October 7, 2009

Tukar kad

Hari nih...aku masuk lmbt sikit atas urusan bank negara...hahahahha penukaran kad bank yang telah rosak...settle satu perkara..tinggal perkara yang beso nih, baja pokok cili pun dah habis...hhmmm tunggu gaji jer la nampaknya...

Aku tengah carik idea nih camner nk kembangkn bizz yg sedia ada nih...tgk cik nor ligat jer skrg...siap dah bukak kedai tuh...aku kagum dengan dia...she's hard working...kena jadik cam dia untuk berjaya..insyaallah...mudahan ALLAH merestui perjalanan hidup kami sekeluarga...AMIN..

Monday, October 5, 2009

5/10/2009...

Syukur Alhamdulillah...Genap 35 tahun aku dilahirkan pada hari ini...kelahiran anak yang ketiga dalam keluargaku...tiada sambutan cukup sekadar doa dari yang tersayang...sampai ke peringkat umur begini...aku bangga kerana dalam susah payah aku mengharungi liku-liku kehidupan aku berjaya menjadikan kereta dan rumah sebagai harta. Syukur padaNya kerana di beri peluang bernafas di bumi yang fana ini...

Sesungguhnya aku bangga menjadi diri aku yang sebenar...pernah duduk di atas, pernah terduduk....dan kini ingin kembali bangkit meneruskan perjuangan hidup sebagai hambaNya dan sebagai isteri yang solehah dan ibu yang penyayang serta anak yang dapat membahagiakan kedua ibu bapanya...

Tiada impian yang setinggi gunung cukup sekadar aku gembira dalam melayari kehidupan ini bersama orang-orang yang tercinta...

16 Syawal...

Masih di bulan syawal...errmm...musim tidak sihat nampaknya. Kini berjangkit kat anak-2 ngan hubby...sian hubby dia kalo kena..mmg la teruknya mengalahkan aku plak...anyway plan dari sabtu berjalan lancar walau tukar program last minute..dr subang ke ampang jaya ke kelab darul ehsan ke pandan indah dan akhirnya ke subang...huhuuhu hubby ler penat giler. tahu lah jalan kat kl tuh...serik nk ke sana lagi...

Open house umah adik plak...kami lepak sampai maghrib...huhuhu penatnya...lepak-2 hilangkan penat...dan asik la makan-2 minum-2 sampai naik kembung perut...

Hhhhmmm...arini...aku masih x sihat lg :( selsema + batuk lg...sib baik demam dah ok..huhuhuhu penyakit raya...tapi kerja kena kerja...

Thursday, October 1, 2009

Demam melanda.......

aduhhh...x larat rasanya nk bawak badan aku nih. Arini khamis...baru mula kerja...smlm mc..sakit segala sendi-2 badanku...demam yg sentiasa ON OFF...selsema + batuk yang x kesudahn sejak selasa lepas...aku nih jarang dpt sakit...tp kalo dah dpt...errmmm...amik masa gak la nak baik...nih pun malas nk update blog...