My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Tuesday, July 12, 2011

Alhamdulillah...selesai semuanya...

Alhamdulillah...semuanya telah selamat dan selesai pada 9hb, sabtu lalu...kenduri di rumah mak..aku join aqiqah sekali tok adam...namun..............adam masih x sihat dan asyik menangis sepanjang hari. huhuhu x jadi kerja aku...nasib ada adik badik lain yang membantu sama. semoga ALLAH membalas jasa kalian...majlis bermula pada pukul 11.45 dimulai bacaan yassin serta tahlil dan juga doa selamat...tamat pukul 1...bagi orang masjid. Jemputan kaum wanita pada pukul 2 petang pula....

Tetamu datang silih berganti sehingga petang...alhamdulillah semuanya mencukupi. Lupa nk cerita, along kena pegi kem qiyamulail dari hari jumaat petang sehingga sabtu petang...jadi selesai semuanya aku terus mengambil along di sekolah. Sehingga lewat petang, masih ada tetamu yang berkunjung..terima kasih semua kerana menjayakan majlis ini...syukur padaMu Ya ALLAH...

No comments: