My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Tuesday, September 13, 2011

UPSR & Ulangtahun Perkahwinan

As salam.......
pertama - alhamdulillah diatas usia perkahwinan kami yang menginjak 13 tahun pada hari ini....terlalu banyak ranjau dan duri kami hadapi...terlalu banyak air mata kami tumpah kerana memperjuangkan sebuah ikatan perkahwinan ini.....terlalu banyak suka dan duka sepanjang tempoh ini...Ya ALLAH aku bersyukur padaMu kerana dengan restuMu...kami kekal sehingga kini....tiada apa yang lebih menggembirakan aku selain dari ikatan rahmat ini...kebahagiaan untuk anak2...along...dah pernah merasa duka kehidupan di zaman kanak2 lagi....adat berumahtangga...ada masa tenang...ada masa gelora...namun...kasih sayang kami menguatkan segalanya....moga ikatan ini akan berakhir hingga ke akhir hayat.......

kedua - along memulakan peperiksaan UPSR hari ini dan akan berakhir pada hari khamis nanti 15-9-2011...doaku semoga along dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan tenang walaupun kesihatan along tidak mengizinkan...aku redha dengan segala keputusan nanti...

No comments: