My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Wednesday, December 3, 2008

Suka Duka Hidup Ini

Photobucket

Alhamdullillah....genap 10 tahun usia perkahwinan ku...Bahagia disulami suka duka. Itulah rencah kehidupan bagi umat Adam & Hawa. Dikurniakan 3 cahaya mata melengkapkan hidup ini. Cabaran demi cabaran dilalui demi meneruskan kehidupan ini dan sehinggalah kini...

Buat suami tersayang...terima kasih kerana setia disisiku walau apa jua badai yang melanda hidup kita. Aku pernah kecewa + sedih + buntu di waktu kita di duga dengan pelbagai ujian ALLAH swt..namun aku akur kerana aku yakin ALLAH hanya menurunkan ujian buat umatnya yang layak dan boleh menangani ujian tersebut. Alhamdullillah....kini cahaya yang ku harapkan akan bersinar lagi...aku ingin kehidupan anak-anak ku selesa tetapi bukan mewah.

Bila mengingatkan semua ujian itu...aku sendiri tidak percaya bagaimana aku boleh lalui semua ini...semua orang kata aku kuat + tabah dalam melalui dugaan tersebut...tapi entah la..mungkin kekuatan itu datang dari anak-anak ku dan ibu-bapaku...Tanpa sokongan mak dan abah mungkin aku tersungkur jua.

Buat Mak + Abah terima kasih selamanya...kerana sentiasa menyokong aku...memberi semangat...memberi dorongan dan membantu aku dalam susah dan senang...Semoga mak + abah sentiasa dalam limpah kurniaNya

Buat Intan...satu-satunya adik perempuan ku..yang banyak berkorban untuk aku...terima kasih dan semoga ALLAH melimpahkan rahmat kepadanya...sehingga kini dia masih menyokong aku dari belakang....

Buat Jep + Atan...aku pun tak pernah lupa jasa korang...Terima Kasih banyak2....kalo aku senang...kita semua pun sama-2 rasa senangnya yer...

Hhhmmm...kini aku dah maju setapak juga..aku dah mulakan biz online...walau tak kencang...tapi buat permulaan memang Alhamdullillah...

Matlamat aku ingin membahagiakan kedua ibu bapaku...semoga ALLAH memberi kesempatan kepadaku untuk berbakti...

No comments: