My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Wednesday, January 14, 2009

Projek Cili - ADELIA AGRO & RESOURCES

Hmmm...alhamdulillah dengan doa semua...aku bakal melancarkan cawanga terbaru syarikat aku ADELIA ENTERPRISE....iaitu ADELIA AGRO & RESOURCES. Itulah hasil pengorbanan aku dan suami selama ini. Projek cili ini akan dijalankan oleh suamiku sendiri serta dibantu olah adikku dan diuruskan oleh aku sendiri. Setelah sekian lama kami menanti akhirnya...projek ini akan berjalan.

Bukan senang untuk aku harungi semua liku-liku kehidupan ini dan sekali lagi penghargaan yang tidak terhingga buat emakku kerana memberi dorongan dan bimbingan kepadaku untuk meneruskan projek yang sekian lama kami harapkan.

Kini aku mengharapkan sinar yang bakal menjelma memberi seribu inspirasi dalam kehidupan kami. Ya ALLAH...permudahkanlah segala kerja-kerja kami..

No comments: