My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Thursday, May 14, 2009

Syukur..

Dah lama aku tak update blog nih. Hhhhmmm hari ni nak share pasal "syukur". Hari ni aku benar-2 gembira dan bersyukur di atas limpah dan kurniaNya, aku masih lagi bernafas dan masih dapat berbakti kepada orang tua ku. Naper yer aku hepi hari ni. Sebabnya aku nih masih merangkak kembali setelah terjatuh satu ketika dulu. Kini aku masih bertatih walau ekonomi telah stabil, namun yang membuatkan aku bersyukur yang amat kerana ketika aku gawat atau kehilangan punca ALLAH sentiasa melorongkan rezeki-2 yang tidak di sangka. Alhamdulillah..kalau nak di kira gaji ku..errrmmm dapat bayar rumah jer..namun itulah kuasa ALLAH swt..yang sentiasa menguji ketabahan dan kesabaran seseorang hamba.

YA ALLAH..syukur ke atas segala nikmatmu dan ALHAMDULILLAH kerana aku masih dapat bertahan dan kekal sehingga kini. Ini semua adalah untuk anak-anak ku jua...

No comments: