bungkusan tepung kek dhiya
mangga dirumah lamaku
bubble rice with chocolateHeheheheh aura kemalasan melanda sehingga nak update blog pun malaznyer...anyway aku nak rangkumkan sekali la senang kerjanya. Sabtu 5hb petang aku selamat ke kampung halaman suamiku...kami singgah juga di gerai ramadhan. Suami hanya membeli murtabak yang harganya RM3 sekeping ko, amikla 2 keping dan juga roti john yang ala kedingnya berharga RM3...x larat nak pusing gerai ramadhan tersebut kerana dipenuhi dengan asap ayam bakar la...sate la...dan berbagai macam lagi...sampai di rumah, kak long tengah masak rendang ayam kampung, gulai ikan parang. Hhhmmm tak ramai yang buka hari tuh, sebab semuanya dah balik pada merdeka lepas...anyway enjoy it...
Ahad 6hb aku bergerak pulang ke rumah kerana tuntutan kerja kebun suamiku...tapi semanjang jalan tuh kami sempat singgah di beberapa shopping kompleks...saja cuci mata since aku berhijrah, aku dah lama x bawa anak-2 g jenjalan, sampai anak-2 tertanya-2 kenapa kami begitu baik hati membawa mereka mencuci mata....hahahahah
Kami juga singgah di rumah lama kami di senawang...wawawawawa sedihnya..tgk plak pokok mangga berbuah lebat, apalagi suamiku rembat la 2-3 biji masih muda ranum...aahhh tak terkata melihat rumah besarku yang tersergam indah...hanya kenangan..
Petang ahad plak...kerajinan ku melanda dengan dibantu oleh anak-2 daraku...aku membuat bubble rice chocolate...heheheh sekejap jer watnya...jangan jeles...
Oh ya...masukkan juga semalam selasa 8hb tepung kek dhiya telah selamat ku terima dengan kuantiti besar sedikit...almaklum raya nih...nak tengok sila la ke kedai online yer...
Jom jamu mata...