My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Thursday, March 18, 2010

Adakah Ini Satu Ujian @ Perjalanan Hidup

Dah lama tidak menulis tentang hidup ini...adakah aku bahagia? adakah aku senang? Hhhmmm...aku masih seperti dahulu tidak mewah @ kaya...namun senang dengan apa yang ALLAH berikan kepadaku sekeluarga. Dalam menanti orang baru didalam hidupku...aku berharap ada sinar baru dalam kehidupanku sekeluarga. Mak + Abah...jangan la risau tentang kehidupanku...insyaallah ALLAH maha mengetahui segalanyer, semuanye dipermudahkan. Aku tahu mereka terlalu risaukn kehidupanku dengan projek suami ku yang belum menjadi. Aku juga risau...namun siapalah aku untuk mengubah keadaan tanpa restu Ilahi...mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang aku tidak nampak lagi.
Hati...semoga kau kuat dalam menghadapi segala cabaran dan liku hidup ini. Tetapkan hati dan imanku dalam perjalanan hidup ini. Aku juga perlu kuat untuk berada disamping suami dan anak-2...walau hati goyah, walau hati walang, semua itu tak perlu ku tunjukkan pada mereka...kerana aku tetap aku yang pernah melalui semua perit jerih payah sepanjang ranjau duri hidup ini...pengalaman banyak mengajar aku tentang erti kehidupan sebenar...

No comments: