My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Wednesday, April 14, 2010

Kesihatan...nikmat yang tidak terhingga

Alhamdulillah...aku sekeluarga masih diberi rezeki kesihatan yang baik oleh ALLAH swt....bersyukur sangat dengan anugerah ini kerana tanpa kesihatan yang baik...x mungkin juga kita sampai disini..

Ahad lepas aku dan mak serta intan melawat anjang di hospital ampang....kira minggu lepas begitu heboh dan kecoh kerana katanya anjang dah tenat + nazak dll...kasihan melihat dirinya terlantar di hospital dekat sebulan....ermmm orang kata bahagian masing-2...oleh itu jaga dan hargailah kesihatan yang ALLAH kurniakan. Namun sehingga hari ini...umur anjangku masih panjang dan rezeki dia untuk terus bernafas dimuka bumi ini....alhamdulillah...

Isnin pula...takziah buat suamiku kerana pemergian pak ndaknya di rembau. Aku tidak mengikutnya pulang ke kampung kerana............heheheh biarlah suamiku pulang seorang diri. Sekurangnya aku tidak serabutkan fikiran dia dengan kerenah aku dan anak-2....alhamdulillah...semuanye telah selesai.

No comments: