My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Monday, July 12, 2010

Alhamdulillah...selamat bersalin pada 22hb Jun 2010

Alhamdulillah...tiada kata yg terindah dapat kuucapkan ketika ini apabila telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 22hb Jun lepas...tanpa rasa sakit atau tanda aku pergi menyerah diri ke hospital pada 21hb...

Maka pada 22hb lahirlah Muhammad Adam, putera yang ku tunggu kelahirannya sehingga lewat dari tarikh bersalin...bertarung dengan kesakitan selama setengah hari menginsafkan aku bahawa tidak mudah untuk menjadi isteri dan ibu. walaupun ini anak yang ke 4 namun tetap memberi pengalaman yang berbeza...syukur padaMu Ya ALLAH...yang memudahkan segalanya...

Hari ini genap 21 hari aku berpantang...sekejap saja masa berlalu...huhuhu...apapun kehidupan tetap diteruskan seperti biasa...

Kepada suami, mak dan abah...terima kasih atas segalanya...

No comments: