My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Monday, June 25, 2012

25/6...Seperti Biasa

Salam semua....berbicara tanpa lidah hanya kedengaran suara hati....hari ini aku rasa lega sesangat sebab satu beban telah dapat aku kurangkan...oooh yer, aku nak share tentang rumahku di sana, memang telah selamat dilelongkan kepada pembeli melayu. Beliau telah menghubungi ku pada malam minggu lepas 23/6, lama kami berbual seolah rakan lama pulak...tujuan beliau mencari aku hanyalah untuk memberitahu bahawa dia lah orangnye yang telah membeli rumahku...harga RM107,000.00 sahaja. Aku redha Ya ALLAH....aku pasrah, kerana sesungguhnya aku tahu Dia maha mengetahui lagi maha pengampun..ada hikmah sebaliknya yang mungkin aku tak nampak...sedih tetap ada...itu rumah pertamaku...hartaku untuk anak2 kemudian hari, namun perancangan ALLAH lagi menarik.......

Berbicara dengan suami, membuat aku rasa lega sangat......katanya harta dunia, tidak di bawa ke mati...ada hikmah dan mengurangkan bebanan hutang yang tertunggak sekian lama...cukup lah anak2 ku sebagai harta dunia akhirat....

Hati...bersabarlah...redhalah....atas semua dugaan dan ujian ini...pandanglah jalan dihadapan dan terus berjalan hingga ke titik akhirnya........

No comments: