My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Thursday, July 19, 2012

Ujian Demi Ujian

Salam....dah lama nak memblog....x kesampaian kerana sibuk yang amat. Pagi yang penuh rahmat ini, aku cuba untuk menulis untuk mengimbas masa lepas...Khamis lepas (12/7/12) wiraku rosak di kebun...aaaahhh kasihan suamiku di sana, pantas otak berputar ligat mencari idea. Hari itu jua, aku keputusan wang saku...kepada adikku intan ku pohon pertolongan, namun tidak kesampaian atas faktor mesin atm yang hampeh....aku kembali ke pejabat...masih berlegar-2 lagi untuk mencari dana. Nak pinjam en boss, beliau akan ke Mekah menunaikan umrah...x sedap pulak rasanya....huhuhuhu

Akhirnya...tq so much my abang jep...menghulurkan bantuan kecemasan....aku bergegas ke kebun suami untuk mencari mekanik yang boleh membaiki wiraku...tq kancil....banyak berjasa kepadaku ke sana ke sini...permulaan ok...kereta dapat dihidupkan...alhamdulillah....aku pun bergegas kembali ke pejabat...tq en boss sebab bagi keluar...

5.00 petang...telefon abang untuk tahu perkembangan semasa....aduhhhh kereta tak boleh hidup semula...nak buat macam mana, cina tuh dah cakap...kalo ok pun sekejap sahaja, memang perlu dibaiki di kedai...haaaaaaaaaaaaaaaa aku balik ambil anak2...ambil along kat sekolah dan zasssssssss pegi ke kebun semula untuk mengambil semula suamiku....sampai di rumah pukul 7++...penatnyaaaa....lapar pulak...akhirnya jadi la nasi goreng kicap sahaja....alhamdulillah...

13/7 - suami menaiki kancil ku untuk pergi ke kebun...mencari mekanik yang boleh membaiki wira...dalam keadaan budget ketat...ku tebalkan muka untuk meminjam dari mak....cukup bulan bayar habis dan habis jua lah gaji ku....MAK...tqvm...I LUV U...walau x pernah ucap depan mak...ketahuilah hanya kau seorang yang paling aku sayangi....membantuku dalam apa jua keadaan...

14/7 - aku menghantar suami ke kebun dan seterusnya mengambil mekanik...jauh juga bengkel. Kereta akan ditarik menggunakan kereta juga...aku berdoa semoga suami selamat sampai ke bengkel tersebut...

Akhirnya pukul 12++ semuanya telah selesai...dan aku sebenarnya telah berada di dewan untuk meraikan majlis perkahwinan sepupuku....penat lagik........wawawaw apapun enjoy dengan segala ujian dan dugaan ini..sebab??????? aku dah biasa dengan setiap ruang kesusahan...dah lali dengan segala penat lelah...keputusan duit...dan yang pasti ALLAH sentiasa berada denganku....alhamdulillah...

No comments: