My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Tuesday, July 30, 2013

SALAM RAMADHAN 2013

Salam 21 ramadhan...agak terlewat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Heheheheh dah berhabuk rumah aku kat sini...malasnya nk update dan tiada niat untuk update....kenapa errrkkk...

Alhamdulillah...tahun ini merupakan tahun yang bermakna kerana suamiku telah bekerjaya...heheheh bonus untuk aku. Harapan aku dan doa aku semoga apa yang ada sekarang diberkati oleh ALLAH swt...nak kata mewah, tidak jugak tapi mencukupi untuk aku anak beranak....

Ujian memang sentiasa ada dalam hidup aku....terpulang kepada aku untuk menanganinya...yang pasti aku nih seorang yang berhati waja, cekal dan kental. Alhamdulillah syukur ke hadratnya kerana aku masih di sini, masih diberi peluang untuk berbakti kepada suami, mak abah dan anak2...

Buat anak2...terima kasih kerana menjadi anak ibu, kadangkala perangai kalian amat menghiris hati ibu, namun ibu tahu ini adalah proses pembesaran yang takkan berulang dimasa hadapan. Semoga menjadi anak yang solehah dan soleh...........

waaaaa kenapa erkkk takde mood buat kuih raya....aku baru berkesempatan membuat sejenis je biskut raya tuh, walhal puasa tinggal lagi 8 hari sahaja lagi....errrrmm beli kepek2 sudah la...

Hal pejabat juga amat pening di satu masa dahulu...heheheh hampir nak berhenti tapi mungkin akan berhenti juga suatu hari nanti...sebab nak tumpukan pada bizz kek aku nih...

Cerita pasal en suami pulak...makin sibuk beliau sekarang...time kerja dia janganlah diganggu gugat dengan panggilan yang tidak berfaedah....hahahaahh mana taknya sebelum nih aku rajin menelefonnya sekadar bertanya "buat apa tuh" boleh tak??????????? urusan anak2 sekarang semua terletak kat bahu aku nih hah...jadi drebar anak2...jadi tukang masak....tukang beli lauk dan segalanya....superwoman tak aku nih hah....jangan main2 tau...balik umah zasssss amik adam + angah......zaaassss balik umah tunggu aiman balaik dari kafa lak.....zasssss letak barang kat rumah..........zaaaaaassssss amik amik along pulak.........aduhhhhhh naik kematu badan rasanya....lepas tuh masak lagi....basuh kain dan lain-lain lagi.............itulah rutin harian aku dan alhamdulillah...ALLAH beri aku kesihatan yang baik untuk melaksanakan semua tanggungjawab itu..

Jadi dibulan mulia ini...aku redha dan ikhlas dalam segalanya dan semoga ALLAH memudahkan setiap perkara yang aku lakukan...

So enjoy ye dibulan ramadhan nih, banyakkan sedekah dan amal ibadat......

No comments: