My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Monday, October 5, 2009

5/10/2009...

Syukur Alhamdulillah...Genap 35 tahun aku dilahirkan pada hari ini...kelahiran anak yang ketiga dalam keluargaku...tiada sambutan cukup sekadar doa dari yang tersayang...sampai ke peringkat umur begini...aku bangga kerana dalam susah payah aku mengharungi liku-liku kehidupan aku berjaya menjadikan kereta dan rumah sebagai harta. Syukur padaNya kerana di beri peluang bernafas di bumi yang fana ini...

Sesungguhnya aku bangga menjadi diri aku yang sebenar...pernah duduk di atas, pernah terduduk....dan kini ingin kembali bangkit meneruskan perjuangan hidup sebagai hambaNya dan sebagai isteri yang solehah dan ibu yang penyayang serta anak yang dapat membahagiakan kedua ibu bapanya...

Tiada impian yang setinggi gunung cukup sekadar aku gembira dalam melayari kehidupan ini bersama orang-orang yang tercinta...

No comments: