My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Friday, March 15, 2013

KHASIAT TAUGE



INFO RASA: TAUGE: SAYUR MURAH YANG BANYAK KHASIAT 

Tauge mungkin sayuran yang dipandang biasa-biasa saja dan murah harganya. Namun hakikatnya, ia mengandungi khasiat 'luar biasa' kerana mampu meningkatkan kesuburan. Selain daripada itu ia juga dikatakan mampu menghindari penyakit kanser, melancarkan pencernaan dan menjadikan empunya diri tampak lebih muda. 

KHASIAT: 
Tauge ialah sayuran yang sangat popular bagi jenis masakan Oriental.Berasal daripada kacang hijau yang bercambah, tauge kaya dengan vitamin, mineral, asid amino, protein dan fitokimia. Malah, tauge juga berkesan untuk proses pencernaan kerana mengandungi banyak air dan serat. Ia juga dikatakan mampu menyumbang kepada tahap kesuburan lelaki dan wanita. 

KEGUNAAN: 
Tauge banyak digunakan dalam aneka masakan terutamanya melibatkan goreng ringkas (stir fry) dan dijadikan inti untuk menu seperti popiah. Ia juga boleh dimakan mentah dan dijadikan salad serta kerabu. 

PENYIMPANAN: 
Tauge hanya boleh disimpan dalam tempoh 2 hingga 3 hari sahaja di dalam peti sejuk. 

PENYEDIAAN: 
Basuh tauge sebersih-bersihnya dengan air dan toskan ia atau 
diletakkan di atas kertas/ tisu dapur agar airnya menjadi kering sebelum dimasak. 

CARA MEMASAK: 
Tumis tauge seketika mengikut resipi kesukaan anda supaya ia tidak layu. #Karangkraf

sumber gambar: google.com

No comments: