My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Tuesday, August 4, 2009

Pesanan Untuk Diri Dan Semua

Hehehehhe...sebenarnya x tahu nak mula dari mana...tapi nak sentuh sikit pasal keluarga. Air dicincang takkan putus..perumpamaan yang begitu sinonim dalam masyarakat kita...walau apa jua anasir yang datang mengganggu gugat, ikatan persaudaraan tidak patut dirungkaikan tapi harus diketatkan kerana hanya kita sahaja yang mengenali adik beradik @ ahli keluarga sendiri. Jangan biarkan orang luar bertepuk tampar melihat pergelutan @ kekacauan yang berlaku. Anggap satu cabaran dan ujian untuk mematangkan diri.

Setiap teguran @ nasihat yang diberi, terima lah dengan hati terbuka. Fikir dengan positif dan ambil langkah sejajar dengan nasihat itu...Tiada yang tersembunyi @ tersorok...terima la seadanya kerana kita adalah kita dan dia adalah dia...sekiranya terdapat masalah bincang lah sesama kita jangan sampai orang luar tahu...ketahuilah bukan mudah untuk menjaga hati semua orang...tetapi sekurang-kurangnya kita telah mencuba untuk menjadi yang terbaik...Untuk semua...aku sayang semua...ke akhirnya..

No comments: