My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Thursday, February 21, 2013

10 MAKANAN PALING MENGGEMUKKAN DI MALAYSIA

Antara makanan-2 yang menggemukkan kita...so semua hati-hati ye dalam memilih makanan. Dalam zaman yang serba pantas ini, sememangnya kita amat menyukai 10 makanan ini...Jadi mulai sekarang, awasi dan perhatikan corak pemakanan kita ye... semoga kita semua sihat hendaknya :-

Jom cek 10 makanan tersebut...


1.NASI LEMAK: Mengandungi 450-500 kalori. Lebih menggemukkan bila makan bersama ayam goreng (240 kalori), sambal sotong (170 kalori) atau lauk lain. 
2.ROTI CANAI: Sekeping bersamaan 300 kalori. Tidak termasuk kuah kari, dalca dan sambal tumis. 
3.NASI GORENG: Mengandungi lebih kurang 630 kalori. Menjadi kurang seimbang kerana nasi digoreng menggunakan minyak, ditambah dengan ayam dan telur serta sedikit sayur.
4.AISKRIM: Mempunyai lemak, gula dan kalori yang tinggi. Dua scoop ais krim mengandungi 380 kalori. 
5.BURGER: Satu hidangan burger bersama keju, sos cili, mayonis dan telur mengandungi lebih kurang 475 kalori. 
6.MEE KARI: Mengandungi lebih kurang 500 kalori. Seeloknya pilih mee sup yang hanya mengandungi 380 kalori. 
7.MAKANAN BERGORENG: Sekeping pisang goreng mengandungi 170 kalori. Nilai kalori meningkat jika digoreng menggunakan minyak yang sama berulang kali. 
8.SUSU PEKAT MANIS: Satu sudu susu pekat manis mengandungi lebih kurang 60kcal. Seeloknya gantikan dengan susu rendah lemak. 
9.ROTI MANIS/DONUT: Sebiji donut mengandungi 200kcal. 
10.MAYONIS: Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori atau 40gram lemak. 

No comments: