My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Thursday, February 21, 2013

Alhamdulillah..........

Alhamdulillah...kerana pencarian dana ku telah selesai, tak dapat nak panjatkan kesyukuran itu...semoga perjalanan hidupku selepas ini akan lebih teratur dan sentiasa mengingatiNya...terima kasih banyak kepada................ yang mempercayaiku yang ikhlas menolongku yang dalam kesusahan dan keperitan. Ujian ini aku lalui dengan penuh redha dan sesungguhnya aku percaya apa yang berlaku ada hikmahnya. 

Sebelum ini, aku dah pernah lalui segala onak ranjau yang berduri yang perit, yang pedih, semua yang berlaku ku jadikan iktibar dan pengajaran di masa yang mendatang. Aku dah penat untuk mengalirkan air mata....aku harus kuat untuk anak2...untuk semua....berat bahu memandang, berat lagi yang aku pikul....semua perlukan pengiraan yang betul...akulah ketua kewangan dan pentadbiran di rumah........

Ya ALLAH semoga apa yang aku lalui ini dapat membasuh segala dosa2 ku....aku redha, aku pasrah....semoga aku menjadi hambaMu yang taat pada segala perintahmu...

No comments: