My Stick Family from WiddlyTinks.com
sekadar blog @ diari peribadi untuk curahan @ luahan rasa...untuk tatapan diri sendiri dan anak2 kemudian hari...

Monday, April 20, 2009

Rezeki Yang Tidak Ku Sangka

Betul kata pepatah...rezeki sesuatu yang subjektif yang tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata atau ungkapan. Memang tidak ku nafikan..aku memang menghadapi masalah kewangan sejak aku menguruskan projek cili ini.. aku belum menuai hasil...jadi totaly income sume dari aku. Tapi bayangkan lah dengan gaji aku yang tidak sampai seribu tuh...

Memang perit dan memang lelah untuk aku hadapi semua ini. Otakku sentiasa ligat untuk mencari sumber kewangan untuk belanja anak sekolah, makan dan minum dan juga untuk minyak kereta. Namun ALLAH masih menyayangi dan mengasihani ku sekeluarga. Dalam aku terkapai-kapai, dalam aku terpinga-pinga...ada jer rezeki yang ALLAH lorongkan kepadaku tanpaku sedar. Ya ALLAH..syukur padaMu..Aku tak pernah lupa semua jasa-jasa ibubapaku...adik beradik ku...

Buat mak...tak terkata dengan ucapan,yang aku amat bersyukur kerana dikurniakan mak sepertimu...Terima Kasih mak..

Buat Abah...terima kasih banyak kerana dalam aku kebuntuan...kau datang membantuku tanpaku pinta...

Buat adikku intan...terima kasih kerana masih mempercayaiku ke akhirnya...

Buat adikku Huda...terima kasih kerana memahamiku dan membantuku dalam saat genting walau kau sendiri dalam kepayahan...

Ya ALLAH ya Rahman ya Rahim...syukur kerana aku dikelilingi oleh keluarga yang prihatin yang masih memahami ku di saat-saat begini...Kuatkan imanku, tabahkan hatiku..moga aku dapat membantu mereka kembali satu hari nanti...

No comments: